“Semangkuk bubur pun dah cukup buat mak… kenyang sampai
malam..”
“Dah takde gigi.. tak makan sayur pun tak apa”
“Biasalah tu, orang tua.. memang la makan sikit je.. dia dah
puas makan masa muda2 dulu…”
Biasa tak dengar ayat-ayat yang lebih kurang macam gini? Tak
kisahlah keluar dari mulut mak ayah kita ataupun kita sendiri penah fikir macam
ni. Sebagai anak, pernahkan kita terfikir untuk lebih memahami mengapa mereka
kurang makan sedangkan zat dan gizi seimbang amat penting untuk mereka. Jangan
pula pentingkan diri, hanya yang muda-muda ni aje boleh makan macam-macam…Kadang-kadang
mereka juga teringin nak mencuba pelbagai makanan.
Warga emas adalah golongan yang paling mudah mengalami
kekurangan zat makanan, oleh sebab itulah banyak penyakit yang timbul apabila
pemakanan mereka tidak seimbang. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang
situasi ini.
Sekitar tahun 60 tahun, deria rasa dan bau akan mula menjadi
kurang sensitif dan akan bertambah buruk apabila menginjak ke angka 70an. Sebab
itu, tidak hairan warga emas kerap tidak berselera untuk makan.
Kajian yang dilakukan oleh Schiffman dan Warwick pada tahun
1992 mendapati, apabila rangsangan sensori deria rasa dan bau menurun, ia akan
mengganggu proses metabolic seperti penghasilan air liur, asid gastrik, insulin
dan lain-lain. Xerostomia ataupun mulut yang menjadi kering akibat kurangnya
penghasilan air liur telah berlaku kepada lebih 70% warga emas. Mereka yang
mengalami ini mengalami kesukaran mengunyah dan menelan.
Kerana itulah mereka mengelak dari memakan sesetengah
makanan terutamanya jenis rangup dan kering.
Selain itu, sejajar dengan peningkatan usia, system
pencernaan dan penyerapan laktos juga terganggu disebabkan usus yang berumur
dan penghasilan laktos yang semakin berkurangan. Ini membuatkan warga emas
berisiko tinggi menghidapi osteophorosis dan kerap sembelit.
Tahap imuniti mereka juga semakin berkurangan apabila usia
meningkat. Tekanan fisiososial juga menyebabkan kurang selera makan, kurang
tenaga dan murung.
Pemakanan mereka perlu dijaga dengan baik supaya tahap
kesihatan mereka terpelihara, melambatkan proses ketidakupayaan, meningkatkan
kualiti kehidupan, serta mengurangkan kos akibat rawatan.
Menurut saranan Pengambilan Nutrisi Malayasia (RNI), Diet
yang seimbang haruslah mengandungi karbohidrat, protein, lemak, vitamin serta
mineral mengikut kuantiti yang disarankan. Berikut adalah saranan secara purata
(bagi tahun 2005)
Kebanyakan warga emas menghadapi masalah untuk mendapatkan
protein dan serat yang mencukupi kerana masalah untuk mengunyah. Ada juga yang
menghadkan makanan kerana kepercayaan berpantang yang menyebabkan mereka
menghadkan pilihan makanan mereka sendiri. Kekurangan serat mengakibatkan
masalah sembelit, dan bertambah buruk jika warga emas tersebut tidak aktif
secara fizikal dan kurang hidrasi.
Jadi bagaimana kita boleh bantu mereka? (ataupun bagaimana
kita nak elakkan supaya kita tidak alami apabila menjangkau usia ini)
TIPS :
1.
Pilihlah protein, sayuran
serta buah-buahan yang mempunyai tekstur lembutseperti telur, tauhu, ikan,
keju, susu, yougurt, lobak, labu, terung, tomato, sayuran berdaun hijau,
pisang, kiwi, betik dan ciku.
2.
Masak makanan sehingga
lembut atau potong kecil-kecil supaya mudah dikunyah dan dihadam.
3.
Sekiranya warga emas
tersebut hanya boleh makan bubur, campurkan sekali dengan pelbagai bahan utama
setiap hari (setiap hari berbeza-beza) seperti ayam, daging, ikan bilis.
4.
Ayam boleh digoreng dahulu
sebelum ditambah didalam bubur untuk menambah kalori
5.
Boleh tambah sayur-sayuran
sebagai sumber serat
6.
Berikan sup berkrim seperti
sup cendawan.
7.
Pelbagaikan menu seperti
nasi tomato, nasi ayam untuk menambah selera mereka dan melengkapkan kalori.
8.
Sekiranya mereka masih lagi
kurang berselera, berikan mereka vitamin sebagai sokongan dalam pemakanan
mereka. Sebagai sumber protein yang sihat boleh berikan mereka ESP Shaklee,
vitamin dan mineral yang terlengkap hanya dengan satu tablet iaitu Vitalea,
Ostematix, Omega Guard dan Advance Joint Health sebagai penyelesaian masalah
sendi dan tulang mereka.
Bagi kita yang lebih muda ini, daripada usia beginilah kita
perlu menjaga kesihatan dengan baik agar dapat mengelakkan terjejas kesihatan
sewaktu diusia tua. Ini hasil penjagaan kesihatan dari dua orang kembar. Salah
seorang dari mereka mengamalkan Shaklee sejak muda lagi, dan seorang lagi
tidak. Boleh lihat kan perbezaan mereka!
Sampai disini sahaja perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat
untuk anda. Sekiranya anda memerlukan supplement yang boleh meningkatkan tahap
kesihatan anda da keluarga, usah ragu-ragu untuk menghubungi saya di
Ayu
019-4110544 (sms |wassup)
Related Article:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan