"Sayang..
Makanlah sikit.. Nanti nasi tu nangis tau adik tak makan dia.." Lebih
kurang macam tulah ayat-ayat yang sering kita guna nak pujuk anak-anak yang
memilih makan (picky eater) kan..
Bagi yang belum
pernah mengalami, Picky eater di kalangan kanak-kanak ni biasa berlaku dan
merupakan cabaran biasa dikalangan kanak-kanak yang sedang membesar. Biasanya
makanan berkhasiat macam sayur, daging dan buah-buahan tu lah yang susah sangat
kita nak bagi si Picky Eater ni makan. Si manja ni hanya nak makan makanan
kegemaran mereka sahaja. Lebih cenderung kepada makanan yang kurang berkhasiat
seperti jajan-jajan, makanan segera dan sebagainya.
Disini saya
kongsikan beberapa tips yang saya gunakan kepada anak-anak saya.
#TIPS 1
MAKAN BERSAMA MEREKA
Cara ini dapat
merapatkan hubungan antara ibu/bapa dan anak. Sambil makan kita boleh
bersembang secara santai bersama mereka. Boleh juga educate mereka, contohnya,
"Kakak, makan buah oren ni bagus tau.. Nanti badan kakak susah dapat
sakit. Kakak suka pergi sekolah kan, kalau sakit tak dapat pergim sekolah,
kakak kena jaga kesihatan baik-baik dengan cara, makan makanan yang berkhasiat
macam buah limau ni.."
Secara tak langsung,
anda menggalakkan mereka sentiasa menjaga kesihatan. Macam anak saya, memang
suka sangat nak ke sekolah, cuti Sabtu Ahad pun katanya nak kesekolah.. Jadi
saya educate dia dengan cara macam tu..
#TIPS 2
GUNAKAN KREATIVITI
ANDA
Sekali sekala, buat
perubahan pada menu. Buat hiasan dengan kreatif untuk menarik minat mereka.
Boleh juga gunakan pinggan yang bergambar kartun-kartun kesukaan mereka atau
bentukkan makanan seperti patung kesayangan mereka...
#TIPS 3
BERBINCANG BERSAMA
Gunakan pendekatan
ini sekali sekali untuk membuatkan anak rasa dihargai. Boleh sediakan menu yang
mereka gemari contohnya kweitiow goreng. Mungkin biasanya mereka hanya makan
udang atau ayam didalam menu tersebut, wujudkan rasa simpati dalam diri mereka
seperti, kalau mama masak, Wiwi kena makan sekali kweitiow, bawang… barulah
sihat. Kalau tak, penat je mama masak.. Kesian kat mama… ha lebih kurang macam
tu la..
#TIPS 4
BERIKAN TELADAN
Dah tentulah kita
sendiri mesti..mesti..mesti libatkan diri dimeja makan… harus kita sendiri
tunjukkan yang kita juga mengambil makanan yang berkhasiat..
#TIPS 5
JADIKAN BUAH-BUAHAN
SEGAR DAN SAYURAN SEBAGAI SNEK
Boleh google
resepi-resepi yang lebih sihat untuk mereka. Contohnya brokoli goreng tepung.
Sekurang-kurangnya mereka ada mengambil sayuran. Makanan yang berkhasiat dapat
membantu memenuhi keperluan vitamin dan mineral yang kanak-kanak perlukan untuk
membesar.
![]() |
nutrisi yang diperlukan oleh anak-anak kita |
Disamping rasanya
yang enak dengan perisa Anggur, botolnya direka khas untuk mengelakkan anak
anda mengambil secara berlebihan. Maklumlah, rasanya sedap, jadi kanak-kanak
dah tentu mahukannya berulangkali. KLIK VITALEA FOR CHILDREN untuk maklumat
lanjut produk. Anda juga boleh menghubungi saya untuk mendapatkan keterangan
lanjut tentang diskaun dan harga hebat yang sedang berlangsung sekarang!
Hubungi saya di
(Wassup | SMS)
Ayu
019-411 0544
ezkem
Jangan lupa ikuti
page JagaKesihatan.Com di Facebook
RELATED ARTICLE
=========================================================================
LAGI ARTIKEL YANG MUNGKIN ANDA MINATI
![]() |
ANAK ANDA KERAP JATUH SAKIT? BADANNYA KURUS BAGAI TAK CUKUP MAKAN? CUBA CARA INI |
![]() |
ANAK ANDA BATUK? DAH MACAM-MACAM UBAT DIBERI TETAPI MASIH BATUK LAGI? CUBA SALAH SATU DARIPADA 15 PETUA INI! |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan