Selamat berhujung
minggu.. Agaknya apa aktiviti yang anda nak isikan dihujung minggu ini? Mungkin
ada yang sibuk mengemas rumah atau ke Mall untuk persiapan raya ni kan! Diam
tak diam… lebih kurang 6 hari saja lagi Ramadhan nak meninggalkan kita! Cepat sungguh
rasanya.. Begitulah masa berlalukan.. Kalau tak diisi dengan perkara yang
berfaedah.. Memang rugi.
Oh, semalam saya ada
mencuba resepi baru yang saya dapat dari seorang rakan.. Menu ni mudah, dan
super senang!! Betul, kalau xcaya jom buat!
BAHAN-BAHAN
- 3/ 4 ketul ubi kentang Russet (ikut je berapa biji yang anda nak makan… oleh kerana kat rumah ada ubi kentang biasa, saya gunakan ubi kentang biasa je.)
- 3-4 keping keju (ikut citarasa sendiri)
- Mayonis
- Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
- Basuh ubi elok-elok, tak payah buang kulit. Pastikan basuh elok-elok je.
- Balut ubi dengan aluminium foil.. Supaya lebih cepat masak dan gebus. Sebelum bungkus, tabur garam secukup rasa. (Saya rebus dulu ubi sampai empuk sebab gunakan ubi biasa yang lebih keras dari ubi Russet tu. Masa rebus saya letak garam siap-siap. Jadi masa nak bakar, tak payah letak garam dah)
- Bakar ubi dalam 30 Min atau sehingga empuk.
- Buka aluminiom foil, belah ubi ditengahnya, letakkan mayonis dan cheese secara berselang seli. Cheese tu boleh la dikoyak-koyakkan.
- Kemudian bakar semula dalam 5 minit..
- Siap… tada…..
Selamat mencuba!!
Dan selamat berhujung minggu dalam bulan Ramadhan terakhir. Semoga Allah
menerima kesemua amalan kita..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan