Assalamualaikum dan
salam sejahtera semua pembaca..
Sekejap tadi saya
terbaca tentang satu perkongsian tentang kepentingan "Detox" untuk
tubuh badan kita. Sejauh mana kita faham apakah itu "DETOX"? Selalu
juga bila kita nak beli makanan tambahan (supplement) untuk proses
perlangsingan, rata-rata produk pasti ada proses detox ni. Kenapa perlu detox?
Pernah saya tertanya-tanya sendiri dulu, kenapalah produk perlangsingan ni
semua perlu "buang-buang", leceh la kalau asyik nak ke tandas
kan..nak pulak kita bekerja…
DETOX @
DETOKSIFIKASI -merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari
tubuh badan manusia.
Berikut saya
kongsikan penerangan tentang detox dan keperluannya kepada tubuh. Perkongsian
ini saya ambil dari Facebook Dr. Suriyakhatun.
‖ "Kita memang hari-hari detox sebab kalau
tidak detox, kita akan mati. Toxin akan mencapai tahap merbahaya dan ini akan
meracunkan saraf dan tisu badan yang akan menyebabkan sakit dan akhirnya maut.
Organ detox dalam
badan kita adalah :
●● SISTEM GASTROINTENSITAL (GIT) TERMASUK :
- HATI
- HEMPEDU
●● GINJAL
●● KULIT - Termasuk liang peluh
●● PARU-PARU
Bila sistem detox
yang utama iaitu GIT dan ginjal tidak menjalankan tugas dengan optima, kulit
akan keluar ruam atau jerawat dan bisul serta peluh yang berbau busuk.
Ini dapat dilihat
pada orang yang mengalami sakit buah pinggang (renal failure). Bila tahap
toksin yang diukur dengan kadar creatinine mula meningkat, pada mulanya pesakit
akan menjadi sedang marah, dan bertambah seolah-olah pesakit jadi kejam.
Sekiranya toksin tidak dibuang melalui dialysis pesakit akan meracau dan koma
dan meninggal.
Bagi orang yang ada
hati atau hempedu yang tidak optima ataupun hanya sembelit, toksin lain pula
yang akan berkumpul dan juga menjejaskan pesakit.
Maka, detox yang
sebenarnya adakan mengoptimakan fungsi organ detox dan juga mengurangkan bahan
toksik dari masuk dalam badan. Disamping itu, pengambilan makanan dan
superfoods yang diketahui bersifat antioksidants serta support atau bantu
organ-organ yang disebutkan tadi.
Contoh amalan detox
yang baik adalah berpuasa. Puasa merehatkan GIT dan juga ginjal maka sel-sel
tubuh dapat pulih. Kena pastikan juga tidak sembelit, boleh dilakukan dengan
pemakanan.
Jadi, rugi jika kita
berpuasa kemudian berbuka puasa dengan makanan yang bertoksik dan banyak bahan
kimia atau kurang zatnya!" ‖
Begitu hasil
perkongsian beliau. Melalui perkongsian ini dapat saya simpulkan, betapa
pentingnya proses detox kepada tubuh kita. Nak langsing ke, nak sihat ke perlu
detox supaya toksin-toksin dalam badan kita keluar dan menjadikan tubuh kita
lebih sihat.
Sebenarnya amalan
membersihkan perut ini telah lama diamalkan oleh orang-orang terdahulu. Sebagai
contoh, orang Arab dan India mengamalkan memakan julab secara berkala seperti
seminggu sekali. Perut merupakan sumber hampir kepada semua penyakit! Jadi, jika
perut bersih, badan sihat, otak juga sihat. Jika perut kotor, sebaliknya juga
berlaku.
#Tips:
Harap perkongsian
ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca semua.. Jagalah kesihatan anda,
mencegah lebih baik daripada mengubati!
Mahu lebih tips
makanan yang membantu detoks dengan berkesan dan ketahui 8 tanda-tanda toksin
dalam badan anda berlebihan, sila
RELATED POST:
1 ulasan:
Baccarat (with examples) - Worrione
Baccarat is worrione one of the most popular gambling games in Asia. The youtube downloader game was developed by the Baccarat family of baccarat lovers in order to kadangpintar play the game of
Catat Ulasan