Isnin, 5 Oktober 2015

RAHSIA KULIT CANTIK BERSERI

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Meh kita nak kongsi rahsia kulit cantik berseri-seri tanpa perlu nak ambil bahan-bahan kosmetik yang merbahaya, yang kita tak tahu kesan sampingannya di masa hadapan. Awas juga yer, jika anda tersalah pilih produk kecantikan, anda mungkin sedang menghadapi risiko kanser kulit! Dah semak produk kecantikan anda samada ia selamat atau utidak? kalau belum boleh semak disini tau..



Semua orang nak kelihatan cantik menawan kan? Tapi dah tentu lah bukan dengan hanya 24 jam boleh cantik.. Kalau ada pun awaslah, itu pasti menggunakan bahan yang berbahaya. Anda nak perubahan macam mereka ni tak?



Aha... Apa tu Vitamin E, Vitamin Cinta...??
Ok, jom saya cerita serba ringkas.
Vitamin E Shaklee adalah vitamin E yang terlengkap dipasaran, selamat digunakan dan diekstrak dari sumber-sumber tumbuh-tumbuhan semulajadi melalui penyelidikan terperinci di makmal Shaklee.

Manfaatnya yang utama adalah:



#Korang Tahu Tak...

"Pakar nutrisi mencadangkan pengambilan ACE (beta carotene, Vitamin C dan Vitamin E untuk menggandakan kesan anti-oksida dalam melawan radikal bebas"

Adakah anda mengambil Vitamin E dengan cukup dalam diet seharian anda?

Untuk menggalakkan kesihatan sel-sel yang sihat supaya dapat melawan radikal bebas, kita perlu mengambil 1kg biji gandum, 500ml minyak safflower, 8kg bayam, dan 500gm badam untuk mencukupkan 400IU Vitamin E di mana anda boleh dapatkan secara mudah dengan hanya mengamalkan kapsul vitamin E Shaklee. 

Vitamin E sememangnya terkenal dalam perawatan masalah kulit selain Vitamin C. Anda boleh ambil sebiji sehari atau kenakan terus pada kulit yang bermasalah seperti di kawasan parut untuk mendapat hasil yang lebih baik.

Selain daripada kecantikan kulit, vitamin ini sangat membantu bagi suami isteri yang sedang berikhtiar mendapatkan anak. Ia membantu meningkatkan kemampuan reproduktif lelaki dan menghangatkan hubungan seksual. Kerana itulah ia digelar VITAMIN CINTA!





##ADAKAH VITAMIN E SELAMAT?

Di dalam buku "Prescription For Longevity" oleh Dr. James Scala terdapat diskusi mengenai keselamatan vitamin E secara terperinci. Secara global terdapat lebih dari 1000 laporan perubatan mengenai keberkesanan dan keselamatan vitamin E. Kajian dari University Harvard keatas lelaki dan wanita vitamin E mampu mengurangkan risiko penyakit jantung sehingga 41% manakala strok sebanyak 33%. Kajian juga membuat kesimpulan dos selamat adalah 3200IU.


Sekiranya anda membuat keputusan untuk mula mengamalkan vitamin E sekarang, pilihan anda memang tepat kerana Shaklee sedang melancarkan promosi 50% diskaun bagi pembelian vitamin E .

Anda beli dua botol, tetapi bayar hanya satu botol. Sebotol vitamin E mengandungi 120 kapsul diamana ianya penggunaan untuk 3 ke 4 bulan. Anda boleh ajak suami, adik beradik dan kawan-kawan untuk berkongsi dengan anda! Tambahan bagi pelanggan Jaga Kesihatan.Com, kami akan berikan freegift, postage percuma dan percuma GST. UTambahan lagi konsultasi yang berterusan.

Sekiranya anda mempunyai budget yang berlebihan, boleh gabungkan Vitamin E bersama ESP dan Vitamin C. Selain itu, anda boleh juga amalkan kolagen dari Shaklee.

Saranan saya, dapatkan konsultasi daripada saya terlebih dahulu supaya saya dapat cadangkan set terbaik dan bertepatan dengan masalah anda. Hanya hubungi saya di nombor yang tertera dibawah ya!

Salam mesra dari saya!

(STRICLY FOR WASSUP @ SMS ONLY. NO CALLS)

AYU
019-4110544.

Artikel berkaitan


OCTOBER PROMO
PROMOSI OKTOBER



KECANTIKAN TANPA PENGELUPASAN


KEHEBATAN COLLAGEN SHAKLEE














Sabtu, 26 September 2015

KENAPA SUPPLEMENT SHAKLEE YANG SAYA MAKAN TIDAK BERKESAN?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..



Ada tak diantara kawan-kawan yang mengamalkan supplement? Apa saja supplement yang berada di pasaran..

Pernah tak mengalami, yang menjual kata supplement xxx ni bagus, boleh meningkatkan antibody, boleh slim melim.. kulit tegang?? Tapi bila makan.. hampehhh.. apa pun takde.. sama jeee.. Sama gak la ngan Shaklee tu kan.. kan.. kan..

Okay, sebenarnya bukan salah supplement tau.. ? Cuma kita ni je yang tak faham dan tak makan supplement dengan cara yang betul. Sebab itu, kalau nak membeli supplement, haruslah dari orang yang dipercayai maksudnya, bukan sekadar nak sales aje, tp juga ikhlas nak menolong kita mendapatkan kesan yang terbaik dari supplement tersebut. (macam saya! hehe)

Baik, jom kita lihat kalau-kalau anda ada buat perkara-perkara ni. Perkara-perkara ni lah yang menyebabkan supplement yang diamalkan tu kureengg berkesan ye,,

#1 . Adakah anda... TIDAK KONSISTEN?

#2. Adakah anda.... TIDAK SABAR? - a.k.a kesannya berlaku sekelip mata, makan satu tablet, badan dah segar bugar, kulit tegang dan boleh berlari sepantas kilat?? opppss...

Sekiranya anda tergolong dalam kumpulan ini, eloklah ubah persepsi dan cara pemakanan anda terlebih dahulu untuk mengelakkan pembaziran dan fitnah kepada supplemet tersebut. (ye lah, dah makan, tak de perubahan dah tentu kita kondem jenama tersebut kan..kan.. kan..)

Untuk pengetahuan semua, setiap supplement yang diambil perlu KONSISTEN sekurang-kurangnya 3 BULAN BERTERUSAN. Kenapa? Ini kerana sel-sel kita berganti setiap 90 hari.


Please take note ::: Hanya supplement yang mengandungi bahan kimia berbahaya sahaja yang menampakkan hasil dengan cepat. Fikirkan kesan jangkamasa panjang yang terpaksa anda terima nanti...

 #3. Adakah anda... KEKURANGAN PROTEIN?
Asas tubuh kita adalah sel . Fungsi protein adalah sebagai bahan binaan asas sel. Protein diperlukan dalam pembentukan struktur, fungsi dan pembentukan tisu kepada organ, kemudian kepada system seterusnya kepada organisme.

Sekiranya anda perlukan makanan untuk hidup, sel anda pula perlukan protein. Jadi untuk pembentukan sel yang sihat dan sempurna, kita perlukan protein yang mencukupi dan BERKUALITI.

Apakah kaitan sel dengan semua ni.. walaupun macam malas nak kaji, tapi nilah yang perlu kita tahu.. kena baca sampai habis ye.. supaya tidak, MEMBAZIR...

Sel yang sihat penting untuk menyerap semua nutrient dan zat. Bila sel yang tubuh kita hasilkan tak berkualiti, maka penyerapan supplement turut terganggu dan kesannya tak dapatlah 100%.

Tapi, harus ingat! Pengambilan protein haruslah sekadar mencukupi dan berpatutan.. Ingat saranan Nabi Muhammad S.A.W (bagi yang beragama Islam)? Sesuatu perkara haruslah dilakukan secara bersederhana. Ini bermaksud, pemakanan kita juga haruslah seimbang.. 


Tapi, saya dah makan ayam, daging ikan, sayur semua kumpulan makananlah.. tak berkesan punnnn... Baik, persoalan saya pula kepada anda, Adakah anda pasti, zat makanan tersebut sampai ke sel anda?? Dan  macam mana nak pastikan mengambil protein sekadar mencukupi dan yang penting protein tersebut berkualiti dan diekstrak secara semulajadi ?
Boleh wassup saya di talian 019-411 0544 ye.


TIPS : Protein sangat sensitive dengan haba, suhu, cara pemprosesan dan pengendalian.
           Oleh itu, cara memasak, cara pembersihan juga memberi kesan keatas protein tersebut
           Diakhirnya, zat yang dapat untuk kita tidak akan mendapat 100%. Tambahan pula bagi
           orang yang jenisnya makan sikit-sikit aje.. sayur-sayur pulak tak nak makan.. ha... acaner
           tu????

 
"Sel umpama span.- span baru boleh menyerap air semaksima mungkin, span yang rosak hanya boleh menyerap pada kadar minima. Begitu juga dengan sel yang rosak tidak dapat menyerap vitamin dengan baik.."



#4. Adakah anda..... KURANG MINUM AIR MASAK A.K.A. AIR PUTIH??
Tahukah anda, tabiat gemar meminum air manis boleh menyebabkan kepekatan darah dan menyebabkan kegemukan!

Minumlah sekurang-kurangnya 2 liter air sehari untuk memastikan penyerapan vitamin anda lebih bagus.

Terlampau banyak rasanya air yang perlu diminum dalam sehari? Saya ada tips bagaimana nak mudahkan pengambilan air masak. Hanya klik DISINI ye...

#5. Adakah anda.... MAKAN VITAMIN SECARA "BUNDLE"
Anda ambil lebih dari satu vitamin sehari dan memakan mereka sekali gus sebab takut terlupa dan malas?? Ini merupakan salah satu sebab mengapa vitamin ada tak berkesan ye!

Anda perlu makan vitamin mengikut kesesuaian dan keperluan agar kepekatan darah tidak meningkat pada satu-satu masa. Mengambil vitamin secara berperingkat dan teratur juga membantu buah pinggang anda berfungsi dengan baik.

Jika anda ambil lebih dari satu vitamin,  jarakkan pengambilan, sekurang-kurangnya satu jam dari satu sesi. Contohnya sarapan pagi anda ambil bersama Cinch, sejam kemudian barulah anda makan lecithin. Bagi customer Jaga Kesihatan.com, saya akan menyediakan jadual makan vitamin secara teratur. Ekslusif untuk customer kami aje tau!

#6. Adakah anda... MENGAMBIL VITAMIN BERSAMA UBAT-UBATAN?
Sekiranya anda perlu juga mengambil ubat-ubatan, pastikan anda jarakkan pengambilannya untuk penyerapan yang menyeluruh. Pengambilan kedua-duanya sekali gus akan menyebabkan darah kita terkeliru kerana ada dua benda berbeza masuk serentak. Ini menyebabkan darah tidak dapat menyerap vitamin sebaiknya.

# 7.Adakah anda... PENGGEMAR TEGAR KAFFEIN?
Sungguh!!! Saya juga suka! Namun, haruslah dikurangkan. Sekurang-kurangnya jangan minum minuman berkafaien bersama vitamin. Contohnya pagi ini anda baru je makan Vitamin C, elakkan minum pagi denganm kopi. Boleh minum sekurang-kurangnya jarakkan dalam masa sejam juga. Adalah lebih baik, satu gelas kafaien yang and minum, neutralkan kembali dengan segelas air putih.

#8.Adakah anda TIDAK ALERT PADA PANTANG LARANG VITAMIN
Eh, ada pantang larang??? Ada... kerana itu buat pilihan bijak semasa nak membeli. Pastikan SID anda memberitahu pantang larang ini (seperti customer Jaga Kesihatan, sentiasa mendapat konsultasi secara percuma..) Contohnya, Vitamin E tidak boleh diambil bersama Afalfa.. kerana mengganggu penyerapan antara satu sama lain.

Bagi ibu mengandung... jangan sesekali mengambil vitamin anti oksida dan afalfa kerana dikhuatiri boleh menyebabkan keguguran diawal kehamilan.

Baiklah... setakat itu sahaja yang dapat saya kongsikan setakat ini. Boleh wassup saya untuk keterangan lanjut vitamin pilihan anda ye. InsyaAllah saya berikan konsultasi terbaik. Silakan membaca lain-lain artikel ye..

Salam mesra,
Ayu
019-4110544

Rabu, 16 September 2015

TIPS KEKALKAN KESIHATAN SEMASA JEREBU MELANDA

Assalamualaikum w.b.t...
Selamat Pagi..

JEREBU!!! Jerebu lagi! kali rasanya lebih teruk dari sebelum ni. Tempat tinggal saya yang dikawasan hutan ni pun dilanda jerebu!

Sampaikan ada sekolah dah ditutup keana jerebu. Sebelum saya kongsi tips kekal sihat semasa jerebu ni, mari kita lihat apa itu jerebu dan kenapa ianya berbahaya?!

JEREBU ADALAH...

Kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel (opalescent) di atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan.

Ia disebabkan oleh percampuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata serta menyerap sinaran matahari atmosfera.
 
 
(sumber: myhealth.gov.my)
 
Mengapa Jerebu MEMBAHAYAKAN KESIHATAN?
 
 
Jerebu mengandungi bahan-bahan merbahaya yang tercemar termasuklah:
 
  • Bahan partikel yang berukuran kurang dari 10mm/m3 diameter
  • Ozon
  • Gas karbon monoksida
  • Gas nitrogen dioksida
  • Sulfur dioksida
Baik.. kita dah fahamkan kenapa jerebu ni berbahaya. Jadi wajarlah kita semua jaga kesihatan diri dan keluarga semasa fenomena ini ye. Berikut adalah tips-tips nak kekalkan kesihatan sewaktu negara dilanda jerebu..
 
 
 
 
Jadi, bagaimana nak dapatkan ?
 
Boleh wassup saya di 019-4110544 untuk keterangan lanjut.
 
KLIK UNTUK LEBIH INFO:
 
 
 

Selasa, 1 September 2015

7 KHASIAT BAWANG PUTIH YANG ANDA PERLU TAHU

BAWANG PUTIH TINGKATKAN SISTEM IMUNISASI BADAN

Bawang putih telah digunakan sejak beribu tahun dulu, samaada digunakan dalam perubatan, mahupun masakan dirumah. Kebanyakan resepi masakan menggunakan bawang putih. Ia mempunyai daun dan bebawang yang berada didalam Tanah yang cetek.

Tumbuhan ini dipercayai berasal dari tengah pergunungan Asia Tajikstan, Turkmenia, Uzbekistan, Utara Iran, Afganistan dan Pakistan. Walaubagaimanapun penanamannya secara komersial mendapat penekanan di China dan Korea.


Antara kebaikan ataupun khasiat bawang putih yang diketahui adalah:

#1 : KURANGKAN RISIKO ANGIN AHMAR
Bawang putih mampu menghasilkan oksida nitric di bahagian dinding saluran darah. Ia membantu untuk mengembangkan dan mengawal tekanan darah dengan baik dan seterusnya mengelakkan risiko dari terkena penyakit darah tinggi dan angina ahmar.

#2 : ELAK KANSER
Bawang putih kaya dengan bahan antioksida seperti selenium. Ini membolehkan ia mampu mengurangkan radikal dalam darah dan menjadi agen pengelak kanser. Jadi, pengamalan bawang putih dalam diet harian sangat digalakkan.

#3: AGEN ANTI BAKTERIA DAN ANTI VIRUS
Allicin yang terkandung didalamnya bertindak sebagai antivirus dan antibakteria. Malah mampu memusnahkan beberapa jenis mikro bakteria. Sangat sesuai untuk mengatasi masalah jangkitan pada perut, influenza dan lain-lain.

#4 : MENINGKATKAN SISTEM IMUNISASI
Dengan mengamalkan 2-3 ulas sehari mampu meningkatkan aktiviti sel darah putih dan melawan jangkitan dan  tumor.

#5 : ANTI INFLAMASI
Sejenis bahan anti-inflamasi yang terkandung didalamnya sangat membantu dalam masalah asthma, inflamasi arthritis di bahagian sendi seperti reumatik atau osteoarthritis. (Anda mempunyai masalah sendi dan tulang, klik sini untuk penyelesaiannya. Kesan seawal 5 hari! >>Sendi & Tulang<<)

Pada masa yang sama, ia juga berfungsi untuk merembeskan gastrik asid di bahagian lapisan perut sekaligus mempercepatkan proses pencernaan di saluran makanan.

#6 : MERENDAHKAN TAHAP KOLESTEROL
Kandungan di-sulphide yang terkandung dalam bawang putih membantu kurangkan tahap kolesterol dalam salur darah seterusnya mengurangkan risiko terkena penyakit jantung.
(Masalah kolesterol ? Atasinya dengan ini >>HAPUS KOLESTEROL<<)



#7 : MENGURANGKAN ANGIN DALAM BADAN
Rasanya yang ini semua orang tahu kan!! Cara yang mudah jika tiba-tiba perut kembung dan rasa dimasuki angin. Hanya ambil 2 ulas bawang putih, bakar, buang kulitnya dan makan!! Dipercayai angina yang berkumpul di perutakan berkurangan dan memberi kelegaan...
JagaKesihatan.Com

Sumber : Mingguan Wanita BIL : 1655


Bolehkah anda mengamalkan bawang putih dengan memakannya begitu sahaja? Mampu anda menahan rasa dan baunya? Usah risau, Jaga Kesihatan.Com ada penyelesaiannya. Dengan Garlic, Formulasi istimewa dari Shaklee memberikan anda cara mudah untuk menjaga kesihatan disamping memberi kesan yang baik secara semulajadi.




Nak amalkan bawang putih dengan mudah.? Amalkan saja Garlic Complex dari Shaklee ini. Boleh hubungi saya untuk dapatkan Garlic Complex anda hari ini!

SMS | WASSUP
Ayu
019-4110544

========================================================================
ARTIKEL YANG MUNGKIN ANDA MINATI:

ANAK MEMILIH MAKAN?
BADAN KURUS KERING
MACAM TAK CUKUP ZAT?
BACA TIPS ATASINYA DISINI


BATUK & SELSEMA TAK HILANG2?
DAPATKAN PETUANYA DISINI
DAPATKAN SOLUSI
ANAK TERLAMPAU KURUS
& SERING SAKIT
 



ANDA SEDANG HAMIL?
PASTIKAN ANDA BACA INFO INI


MALAS BERSENAM?
TETAPI BADAN BANYAK LEMAK?
DISINI ADA TIPSNYA


BACA SEKIRANYA
ANDA RASA OMEGA GUARD
TIDAK PERLU DALAM DIET ANDA!
KULIT ANDA BERSISIK DAN
KUSAM? KERING BERJERAWAT?
USAH RISAU DISINI ADA TIPS
MENGATASINYA



MENGAPA PRODUK MAKANAN
KESIHATAN TUMBUH BAGAI
CENDAWAN LEPAS HUJAN?
KERANA PENGELUAR TAHU
ANDA MEMANG MEMERLUKANNYA
KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH
LANJUT



Jumaat, 21 Ogos 2015

PANDUAN MEMILIH VITAMIN C YANG SELAMAT SUPAYA TIADA KESAN SAMPINGAN


PANDUAN MEMILIH VITAMIN C YANG SELAMAT SUPAYA TIADA KESAN SAMPINGAN.
 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Vitamin C ni merupakan supplement yang famous, paling ramai yang ambik vitamin, ambik vitamin C kerana vitamin ni banyak kelebihannya selain daripada menguatkan imunisasi badan, ia juga mencantikkan kulit serta menggalakkan pembentukan kolagen didalam tubuh kita. Tapi sayangnya vitamin C ni tubuh kita tak dapat nak hasilkan sendiri, oleh sebab itulah ramai yang mengambil inisiatif mengambil vitamin C dalam bentuk tablet, cecair, kapsul ataupun serbuk.

Tapi, sekiranya tanggapan anda semua vitamin C ni sama sahaja, yang berbeza adalah rupa dan dos 1000mg atau 500mg sahaja, anda SALAH! Anda perlu tahu, vitamin yang anda makan itu adalah vitamin C semulajadi, organic atau sintetik? Jangan pula anda sepatutnya mendapat kebaikan daripada vitamin yang diambil, tapi jangkamasa panjang kesan sampingan negatif pula yang anda dapat!

Saya umpamakan begini, Vitamin C semulajadi, umpama anda makan buah oren yang sebenar, Vitamin C organic pula perahan jus yang dicampur dengan penambahan gula dan perisa, manakala Vitamin C sintetik adalah umpama buah plastic tiruan! Pembuatannya di makmal dan dicampur sedikit khasiat vitamin C dan selebihnya adalah dicipta. Jadi manakah pilihan anda?

Jelaskan? Selain itu, perbezaan vitamin C ini juga adalah keupayaannya larut dan meresap dalam tubuh kita. 

TIPS MEMILIH VITAMIN C

#1 : PILIH VITAMIN C SEMULAJADI

Vitamin C terbaik adalah yang mengandungi C Complex yang lengkap dengan bioflavonoids, hesperidin dan rutin (garam sitrus). Bioflavanoids berperanan membantu penyerapan vitamin C. Tanpanya kita mungkin mendapat beberapa peratus sahaja kandungan yang mampu diserap oleh tubuh kita. Kebanyakan Vitamin C berdos 1000mg adalah vitamin sintetik.

#2 : PILIH VITAMIN C YANG BERSIFAT SUSTAIN REALEASE

Vitamin C ni sifatnya mudah sangat larut air. Tubuh kita akan banyak gunakan vitamin c jika kita stress, merokok dan bagi individu yang dah berusia. Vitamin C ni akan diserap pada waktu itu je.. dan badan kita takkan dapat menyimpan vitamin C. Sebab itu, penting memilih vitamin c yang mempunyai teknologi “sustain realease”.

Maksud “sustain realease” ni, proses dimana vitamin c tu dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan diantara 3-6 jam. Ia dilepaskan secara perlahan-lahan didalam aliran darah mengikut masa yang tertentu.

Jika tanpa teknologi sustain realease, vitamin c akan diserap mengikut kemampuan tubuh pada masa itu. Selebihnya akan dikeluarkan melalui urin. Bazir kan?  

#3 : HALAL DAN LULUS KKM

Sangat, sangat dan sangat PENTING!!! Terlampau banyak lambakan dan jenis vitamin C di pasaran. Sebagai pengguna, haruslah bijak membezakan dan memilih vitamin yang diluluskan KKM. Pastikan di botol tertera label hologram no kelulusan KKM ye. Bagi pengguna Islam, wajib mencari yang halal dan selamat.

 

Apa kata mereka tentang VITAMIN C SHAKLEE??

Secara jujurnya, saya adalah pengguna tegar pengguna Vitamin C shaklee. Ianya semulajadi dan selamat selain JIMAT kerana satu botol tahan 6 bulan (ha..kau.. setahun pakai dua botol aje.. jimat mak..) Sebenarnya saya ni menghidap resdung. Nak kata kronik, ada masa2nya lah.. saya ambik Vitamin C ni sekali dengan set resdung Shaklee. Alhamdulillah memang terasa perbezaan. Sebelum ni saya consume vitamin c tanpa teknologi “sustain realease”. Bila dah ambil yang Shaklee punya ni, memang ada kelainan. Demam, batuk, selsema, jarang nak dapat sekarang. Husband saya, hari tu terasa2 nak demam, kepala dah mula berat, biasanya dah ambil Panadol dah. Kali ni saya paksa dia telan sebiji Vitamin C Shaklee. Alhamdulillah, tak jadi demam.. hehe.. semua dengan Izin Allah…

Itu kata saya ye.. jom tengok ape kata puan-puan dan cik-cik ni pulak..
 

 

Baik, banyak lagi sebenarnya.. tak tertepek kat blog ni.. hehe.. cukup sampai sini.. semoga memberi manfaat.. boleh share kalau sudi.. boleh komen2 kalau sudi … dan boleh wassup saya jika berhajat Vitamin C… TQVM.. sudi singgah-singgah disini.. oh ye.. jika nak info yang lebih lengkap tentang kepentingan vitamin C sila klik disini.. >> VITAMIN C<<

Ayu

019-4110544

(sms | wassup)
 
=================================================================================
ARTIKEL YANG MUNGKIN ANDA MINATI
KESAN TEKANAN DARAH RENDAH KEPADA IBU HAMIL
KESAN TEKANAN DARAH
RENDAH KEPADA
 IBU HAMIL
BAHAYA KLORIN DAN
PENCEMARAN AIR
10 CARA BAKAR KALORI TANPA
SENAMAN


 

 

 

 

Isnin, 17 Ogos 2015

PUNCA WARGA EMAS SERING DIJANGKITI PENYAKIT



“Semangkuk bubur pun dah cukup buat mak… kenyang sampai malam..”

“Dah takde gigi.. tak makan sayur pun tak apa”

“Biasalah tu, orang tua.. memang la makan sikit je.. dia dah puas makan masa muda2 dulu…”

Biasa tak dengar ayat-ayat yang lebih kurang macam gini? Tak kisahlah keluar dari mulut mak ayah kita ataupun kita sendiri penah fikir macam ni. Sebagai anak, pernahkan kita terfikir untuk lebih memahami mengapa mereka kurang makan sedangkan zat dan gizi seimbang amat penting untuk mereka. Jangan pula pentingkan diri, hanya yang muda-muda ni aje boleh makan macam-macam…Kadang-kadang mereka juga teringin nak mencuba pelbagai makanan.

Warga emas adalah golongan yang paling mudah mengalami kekurangan zat makanan, oleh sebab itulah banyak penyakit yang timbul apabila pemakanan mereka tidak seimbang. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang situasi ini.

Sekitar tahun 60 tahun, deria rasa dan bau akan mula menjadi kurang sensitif dan akan bertambah buruk apabila menginjak ke angka 70an. Sebab itu, tidak hairan warga emas kerap tidak berselera untuk makan.

Kajian yang dilakukan oleh Schiffman dan Warwick pada tahun 1992 mendapati, apabila rangsangan sensori deria rasa dan bau menurun, ia akan mengganggu proses metabolic seperti penghasilan air liur, asid gastrik, insulin dan lain-lain. Xerostomia ataupun mulut yang menjadi kering akibat kurangnya penghasilan air liur telah berlaku kepada lebih 70% warga emas. Mereka yang mengalami ini mengalami kesukaran mengunyah dan menelan.

Kerana itulah mereka mengelak dari memakan sesetengah makanan terutamanya jenis rangup dan kering.

Selain itu, sejajar dengan peningkatan usia, system pencernaan dan penyerapan laktos juga terganggu disebabkan usus yang berumur dan penghasilan laktos yang semakin berkurangan. Ini membuatkan warga emas berisiko tinggi menghidapi osteophorosis dan kerap sembelit.

Tahap imuniti mereka juga semakin berkurangan apabila usia meningkat. Tekanan fisiososial juga menyebabkan kurang selera makan, kurang tenaga dan murung.

Pemakanan mereka perlu dijaga dengan baik supaya tahap kesihatan mereka terpelihara, melambatkan proses ketidakupayaan, meningkatkan kualiti kehidupan, serta mengurangkan kos akibat rawatan.

Menurut saranan Pengambilan Nutrisi Malayasia (RNI), Diet yang seimbang haruslah mengandungi karbohidrat, protein, lemak, vitamin serta mineral mengikut kuantiti yang disarankan. Berikut adalah saranan secara purata (bagi tahun 2005)

 

Kebanyakan warga emas menghadapi masalah untuk mendapatkan protein dan serat yang mencukupi kerana masalah untuk mengunyah. Ada juga yang menghadkan makanan kerana kepercayaan berpantang yang menyebabkan mereka menghadkan pilihan makanan mereka sendiri. Kekurangan serat mengakibatkan masalah sembelit, dan bertambah buruk jika warga emas tersebut tidak aktif secara fizikal dan kurang hidrasi.

Jadi bagaimana kita boleh bantu mereka? (ataupun bagaimana kita nak elakkan supaya kita tidak alami apabila menjangkau usia ini)

TIPS :

1.       Pilihlah protein, sayuran serta buah-buahan yang mempunyai tekstur lembutseperti telur, tauhu, ikan, keju, susu, yougurt, lobak, labu, terung, tomato, sayuran berdaun hijau, pisang, kiwi, betik dan ciku.

2.       Masak makanan sehingga lembut atau potong kecil-kecil supaya mudah dikunyah dan dihadam.

3.       Sekiranya warga emas tersebut hanya boleh makan bubur, campurkan sekali dengan pelbagai bahan utama setiap hari (setiap hari berbeza-beza) seperti ayam, daging, ikan bilis.

4.       Ayam boleh digoreng dahulu sebelum ditambah didalam bubur untuk menambah kalori

5.       Boleh tambah sayur-sayuran sebagai sumber serat

6.       Berikan sup berkrim seperti sup cendawan.

7.       Pelbagaikan menu seperti nasi tomato, nasi ayam untuk menambah selera mereka dan melengkapkan kalori.

8.       Sekiranya mereka masih lagi kurang berselera, berikan mereka vitamin sebagai sokongan dalam pemakanan mereka. Sebagai sumber protein yang sihat boleh berikan mereka ESP Shaklee, vitamin dan mineral yang terlengkap hanya dengan satu tablet iaitu Vitalea, Ostematix, Omega Guard dan Advance Joint Health sebagai penyelesaian masalah sendi dan tulang mereka.

Bagi kita yang lebih muda ini, daripada usia beginilah kita perlu menjaga kesihatan dengan baik agar dapat mengelakkan terjejas kesihatan sewaktu diusia tua. Ini hasil penjagaan kesihatan dari dua orang kembar. Salah seorang dari mereka mengamalkan Shaklee sejak muda lagi, dan seorang lagi tidak. Boleh lihat kan perbezaan mereka!

 

Sampai disini sahaja perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat untuk anda. Sekiranya anda memerlukan supplement yang boleh meningkatkan tahap kesihatan anda da keluarga, usah ragu-ragu untuk menghubungi saya di

Ayu
019-4110544 (sms |wassup)

 

Related Article:




 

 

Rabu, 12 Ogos 2015

PROTEIN BERISIKO BERI KEROSAKAN PADA BUAH PINGGANG? - INFO MENARIK UNTUK KAKI GIM!




Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Adakah anda  seorang kaki Gim?? Aha.. entry kali ni saya nak kongsikan fakta-fakta menarik untuk anda-anda yang berkecimpung dalam bidang ini.

Jika anda sudah biasa di bidang ini, dah tentu perihal pengambilan protein adalah perkara biasa bagi anda. Pasti anda pernah mendengar pertanyaan sebegini kan:

"Protein berisiko memberi kerosakan kepada buah pinggang. Benarkah adanya 'Golden Periode' pembentukan otot selepas bersenam? Perlukah saya memasukkan berkilo-kilo dada ayam dalam menu harian saya untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal? Atau bolehkah saya mengambil steroid untuk kesan yang pantas bagi mendapatkan bentuk badan yang cantik?"

Sebenarnya, bagi mereka yang giat bersenam dan aktif di gim memerlukan protein yang lebih untuk pembentukan massa otot.

American Dietic Assiocation, Dieticians of Canada dan American College of Sports Medicine menyatakan keperluan protein untuk athlete dan mereka yang rajin bersenam adalah 1.2g hingga 1.7g protein sehari (1.2-1.7gr/kgBB/hari).

Kenaikan keperluan protein tersebut untuk menyesuaikan dan memenuhi keperluan pembentukan otot baru yang rosak akibat bersenam dan melakukan latihan gymnasium.

Jumlah ini sebenarnya sedikit berbanding jumlah yang biasa diambil oleh ahli bina badan iaitu 2-3gr/kgBB/hari.. namun jumlah yang dinyatakan tadi tetap lebih banyak dari keperluan biasa.

Jadi, adakah pengambilan protein akan membebankan buah pinggang? TIDAK sekiranya mengikut saranan yang dinyatakan diatas. Bagaimanapun, perlukah anda mengambil berkilo-kilo daging ayam dalam sehari hanya kerana mahukan bentuk badan idaman? Dah tentulah ada cara alternative seperti pengambilan susu protein seperti ESP SHAKLEE atau CINCH SHAKLEE dan mengikut saranan pemakanan yang betul.

INFO MENARIK

Kajian menunjukkan, dengan pengambilan protein dalam tempoh 3 jam selepas bersenam (Golden Periode) akan meningkatkan potensi pembentukan otot lebih tinggi berbanding waktu lebih dari itu!

ini kerana, badan mengaktifkan tindak balas pemulihan otot yang rosak akibat bersenam tadi. Walaupun peningkatan sintesis protein terjadi sehingga tempoh 24jam selepas bersenam, ia tidak setinggi waktu "Golden Periode" itu.. Oleh itu, disamping minuman isotonic yang menjadi pilihan kebanyakan orang selepas bersenam, susu juga boleh menjadi alternative tambahan untuk diambil selepas bersenam.

Saranan saya juga, pilihlah minuman isotonic yang natural dan tidak mengandungi gula berlebihan untuk mengelakkan masalah kesihatan lain pula. Cadangan minuman tenaga yang paling ideal adalah Performance Drink dari Shaklee. Kerana minuman ini sememangnya telah lama diamalkan oleh atlit-atlit luar negara yang mahukan minuman tenaga yang lebih sihat.

Perlu diingatkan sekali lagi, pengambilan protein haruslah seperti yang dicadangkan dan tidak boleh berlebihan agar tidak membebankan buah pinggang. Dalam masa yang sama minumlah air kosong yang dimasak atau ditapis secara berkala untuk mengimbangi pengambilan protein.

Isu steroid tadi, dah tentu anda tahu steroid sangat membahayakan, jadi jangan ambil jalan pintas semata-mata mahukan bentuk badan idaman anda dan semata-mata mahukan perhatian dari gadis-gadis yer abang-abang sado! Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat...

Terima kasih sudi singgah di JagaKesihatan.Com!

Sekiranya anda mahukan protein yang semulajadi, diadun dengan teliti dan sempurna, anda boleh dapatkan  ESP SHAKLEE dari saya. Juga minuman tenaga Performance Drink yang sangat bermanfaat untuk anda.

Hubungi saya di

Ayu
SMS @ Wassup
019-4110544


*Sumber rujukan : Dr. Muhammad Rahmani

RELATED ARTICLE:

PERFORMANCE DRINK

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN ESP

STEROID DAN KESANNYA


Isnin, 10 Ogos 2015

7 CARA MENGATASI KULIT KERING

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. terima kasih kerana sudi singgah di JagaKesihatan.Com!. Kali saya nak share kan tips cara nak mengatasi kulit kering. Kulit kering ni bukan saja boleh terjadi dai kawasan tangan, malah di seluruh muka dan badan.



Secara amnya, kulit kering ini bukanlah masalah yang serius, cuma ia agak mencacatkan penampilan, di mana kadang-kadang kulit jadi bersisik dan berkerut. Ada yang nampak lebih tua dari umur sebenar.

Antara penyebab kulit kering ini adalah suhu cuaca, air mandian dan mungkin juga anda bekerja di pejabat, terdedah dengan penghawa dingin. Alergi terhadap sabun basuh baju, sabun mandian, penggunaan kosmetik yang tidak bersesuaian dengan kulit juga dapat menjadi factor utama.

Jadi, ini adalah 7 tips untuk mengelakkan kulit kering yang boleh saya kongsikan hasil dari carian di majalah wanita ye..

 1. Mandi / Basuh muka dengan suhu air yang bersesuaian.

Seperti yang saya sebut diatas tadi suhu merupakan penyumbang kulit kering ni. Jadi untuk elakkan, pastikan mandi dengan suhu yang suam-suam aje untuk kekalkan kelembapan kulit.

2. Pelembab berbentuk krim Vs Pelembab berbentuk losyen.

Jika anda sememangnya ada masalah ini, seeloknya bertukar kepada pelembab berbentuk krim kerana ia lebih mudah menyerap ke dalam kulit. Kulit juga dapat manfaat daripada khasiat yang terkandung didalam krim tersebut. oleh itu, penting anda memilih produk yang bersesuaian dengan kulit anda. ketahui kandungannya.

3. Pemilihan Pencuci muka

Terdapat pelbagai bentuk pencuci muka yang berada di pasaran sekarang. Bagi individu yang bermasalah kulit kering seperti anda, elakkan pencuci muka yang bersabun. Pilihlah pencuci muka yang bergel kerana ia berasaskan air dan melembabkan wajah. Sekaligus mengelakkan kulit muka dari mengelupas.

4. Gunakan minyak zaitun

Minyak zaitun kaya dengan Vitamin E. Jadi memang sesuai sangat diaplikasi keseluruh badan. Vitamin E membantu menjadikan kulit halus, lembut dan kekal lembab.  Gunakan secara konsisten dan alami perubahannya..

5. Masker Avokado

Kisarkan avocado sehingga benar-benar halus, kemudian campurkan dengan air suam. Gaul sebati. Oleskan pada seluruh wajah dan leher. biarkan selama 20m ke 30m. boleh dilakukan 2 kali seminggu.

6. Kubis

Suka makan kubis? Selain membekalkan nutrient, ia boleh dijadikan masker! Caranya, hancurkan, sapu pada wajah dan tubuh yang bermasalah. BIarkan kering kemudian bilas dengan air bersih. Perlu konsisten sekurang-kurangnya 3 kali seminggu barulah dapat hasil yang memuaskan.

7. Lembabkan kulit dengan Madu

Em... barulah manis berseri-seri.. hehe.. caranya hanya oleskan madu setiap malam sebelum tidur. biarkan selama 10m - 15m. Kemudian bilas wajah dengan air perahan limau nipis atau air putih aje. Hasilnya, kulit menjadi lembab, halus dan kemerahan. Kulit yang kusam menjadi berseri!

 Ni bukan kakak-kakak je boleh apply, abam-abam pun boleh yer.. cubalah konsisten InsyaAllah menjadi.


OPPPPSSSS...

Leceh nak cari barang?
Tips ni lebih untuk kawasan muka aje...

Baik, saya kongsikan cara yang mudah, fleksible, effect untuk keseluruhan tubuh. Tak payah sapu-sapu.. (kalau rajin nak sapu pun ok..)

Gunakan aje set kecantikan Shaklee ni aje. Harga berbaloi dengan hasilnya.



http://www.jagasihat.blogspot.com/p/hrefhttpsvimeo.html

Dah ramai yang gunakan dan mengaku puas hati. Boleh ke link Testimoni kalau nak tengok testimoni lain ye. Lihat juga video Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa!

Yang penting set ni takdenya kesan-kesan sampingan negative. Kulit mengelupas ke.. Kulit semakin nipis ke... Yang ada kulit semakin berseri-seri dan tak payah nak make up sangat. Ekspecially uolss yang malas nak make lama-lama macam saya ni. Anak 3 lagi nak di makeupkan, mana sempat mak nak make up lama2 kan!! (HUHUHU)

Eh, saya overclaime ke? Tak, this is a fact sebab saya dah cuba, rakan dan saudara terdekat pun dah cuba. Plus kesihatan juga terjaga dengan khasiat vitamin-vitamin ni.

Remember, Changing your brand will changing your life! Dah banyak dah produk kecantikan dan kesihatan yang saya dah cuba... Shaklee adalah yang terbaik setakat ini dan terbukti secara klinikal!

Actually, bulan ni tak ada promo khas dari Branch Shaklee.. tapi saya sendiri nak bagi special--special gift pada customer JagaKesihatan.Com.

Hanya set terpilih sahaja. (akan upload entry lain berkenaan set terpilih ni) yang penting set kecantikan ni termasuk juga.

Nak minyak Wangi ni free tak?


 
Terhad kepada 10 Customer Ekslusive terawal JagaKesihatan.Com. Siapa cepat dia dapat. sehingga hujung bulan ni aje.

Dan postage percuma ok!
GST saya bayarkan...

JIMAT RM25 (freegift + postage) DAN JIMAT GST ha.. untung kan..

Jadi, terus wassup saya di

Ayu
019-4110544 (untuk maklumat lanjut produk dan pembayaran)

Oh ye, dapatkan konsultasi secara percuma dan berterusan daripada saya selepas membuat pembayaran..
(jimat lagi..)

Salam sayang dan terima kasih kerana sudi menjengah blog ini... peace.. :)

Khamis, 6 Ogos 2015

3 RAMUAN UBAT BATUK PALING BERKESAN


 
 
 
 Assalamualaikum dan selamat petang semua..
Sekarang ni musim demam, batuk dan selsema.. al maklum le bulan raya kan.. hehe.. saya pun sama. yang syoknya berjangkit dari baby.. bukan baby yang berjangkit dari saya. Nak kata baby makan lemang... tak mungkin, baru 10bulan.. mungkin tak tahan perubahan cuaca agaknya.. kat kampung siang panas,, malam punyalah sejuk.. kita yang dewasa ni pun tak boleh tahan.. apalagi sikecik tu ye.
 
 
Anyway... nak kongsi ramuan untuk yang batuk. Saya buat ramuan ni, memang dalam 2 hari je dah ok batuk tu. kahak semua keluar dengan cepat, so proses penyembuhan tu pun cepatlah. Tapi, mungkin bergantung atas system antibody individu juga ye. Macam saya, lepas ambil ramuan ni, batuk jadi lebih kerap dan kuat, kemudian muntah. Bila dah muntah tu, legalah.. batuk sikit-sikit je..
Dah tak rasa gatal-gatal sangat kat tekat.. Esoknya semakin pulih dan beransur baik..
 
Ok, ramuannya senang sangat!!
 
1. Sepotong lemon
2. Sesudu the madu asli
3. Air suam secawan
4. Vitamin C Shaklee
 
Cara-cara..
 
Mix madu, Air suam dan perahan lemon, kacau sebati dan minum suam-suam. Buatlah 2@3 kali sehari...
 
Vitamin C tu ambil sebiji pagi dan sebiji malam.
 
Lemon untuk mengurangkan gejala kegatalan di kerongkong, madu memang penawar segala penyakit kan.. jadi mix dua ni untuk penawar. So, kenapa kena ambil vitamin C? Untuk menguatkan system imunisasi tubuh kita. Jadi, bila batuk dah berkurangan dan sembuh.. tak lah dalam masa terdekat kena batuk lagi, demam dan sebagainya.. Jadi vit c ni boleh digunakan sebagai pencegahan la..
 
Kalau saya, memang vitamin C ni sentiasa ada dirumah dan saya amalkan sebiji sehari. Kesannya, kulit semakin licin dan cantik selain demam, batuk selsema tu pun payah la nak hinggap. Saya simpankan juga yang chewable untuk anak-anak saya. agak-agak dah nampak bunga-bunga nak demam, batuk bagai tu, terus saya bagi diorang makan.
 
Oh ye.. ramuan ni untuk 3 tahun keatas ye.. baby tak boleh consume madu tau.
 
So, kenapa vitamin C Shaklee? Vitamin C lain tak boleh ke? yang kat hospital tu berlambak boleh dapat.. nape nak spend duit untuk beli pulak kan.. ha.. jawapannya ada kat sini..
 
 
 
happy reading...             
 
 
Jika anda nak Vitamin C boleh hubungi saya di nombor ini...
 
SMS| WASSUP
Ayu
019-4110544
 
 
 

Artikel yang mungkin anda minati:

BAHAYA KLORIN DAN PENCEMARAN AIR

KESAN TEKANAN DARAH RENDAH KEPADA IBU HAMIL

PENJAGAAN KESIHATAN SEHINGGA KE PERINGKAT DNA

APA ITU DETOX DAN KEPENTINGANNYA KEPADA TUBUH

8 TANDA ANDA PENGHIDAP ARTRITIS / SENDI


Sabtu, 11 Julai 2015

8 TANDA - TANDA TUBUH ANDA BERTOKSIN DAN TIPS NYAHTOKSIN DALAM TUBUH


Pasti anda telah membaca entry saya sebelum ini berkaitan pentingnya detox kepada tubuh badan kita. Jika belu, pastikan ada membacanya disini (klik)


 Apa pula toksin tu? Toksin adalah bahan buangan beracun didalam tubuh kita. Jika tidak dibuang, akan menjejaskan kesihatan anda. Ianya mustahil untuk mengelak daripada toksin ni kerana ia berada dimana-mana sahaja. Dalam udara, makanan, minuman yang kita ambil hari-hari terdedah dengan toksin. Kita juga terdedah kepada toksin dalaman iaitu sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan faktor tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.



8 TANDA-TANDA TOKSIN BERLEBIHAN DALAM BADAN


  1. Sering rasa penat, tidak bertenaga, sakit kepala, mulut berbau, badan berbau
  2. Insomnia (masalah tidur), mata gelap, mata merah
  3. Daya ingatan dan tumpuan yang lemah, dan rasa cemas
  4. Mengalami masalah alahan, masalah sinus, sistem imun yang lemah
  5. Menghidapi masalah sistem pencernaan seperti sembelit dan kembung perut
  6. Masalah sendi
  7. Masalah kulit seperti jerawat
  8. Selulit dan berat badan berlebihan


TIPS-TIPS NYAHTOKSIN SECARA SEMULAJADI DAN SELAMAT

Anda boleh amalkan tips yang telah saya kongsikan dalam artikel yang sebelumnya (KLIK Jika belum baca :

APA ITU DETOX DAN KEPENTINGANNYA KEPADA TUBUH KITA ). Selain itu, ini adalah tips seterusnya

Makan makanan yang membantu proses detox seperti:

KOBIS UNGU


CELERY

BROKOLI
TOMATO
SALAD
BUAH PEAR

EPAL HIJAU
LEMON
NENAS
LIMAU





Makanan-makanan ini sangat baik untuk proses detox, selain itu kita juga boleh dapatkan vitamin dan nutrisi daripada amalan pemakanan ini.

Jika anda ingin detox toksin anda dengan cara yang lebih mudah, berkesan dan semulajadi, anda boleh mengambil Herblax secara berkala, contohnya sekali seminggu dan juga Afalfa, tidak lebih daripada 10 biji sehari. Herblax dan Afalfa sememangnya sangat bagus jika diamalkan. Selain membantu proses detox, anda juga bakal mendapat manfaat lain yang terkandung dalam tablet ini.

Perlu juga diingatkan, apa jua cara anda nyahtoksin, pastikan anda minum air yang banyak kerana proses penyingkiran toksin menyebabkan badan mudah kehilangan air.

HERBLAX

http://www.jagasihat.blogspot.com/p/blog-page_28.html
Jika anda dalam program penurunan berat badan, jangan lupa, detox adalah satu proses yang penting untuk menjayakan penurunan berat badan anda. Keluarkan semua toksin dulu, barulah dapat berat badan ideal!
(PERLUKAN TURUNKAN BERAT DAN SIHAT? KLIK : 5 SEBAB BERAT ANDA TIDAK TURUN )


Sekiranya anda perlukan Herblax atau Afalfa jangan segan-segan sms | wassup saya di no ini


Ayu

0194110544

Jangan lupa like fanpageJagaKesihatan.com

RELATED ARTICLE:

10 CARA BAKAR LEMAK TANPA BERSENAM

8 TANDA ANDA PENGHIDAP DIABETES