Isnin, 9 Mac 2015

10 CARA BAKAR KALORI TANPA BERSENAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kesibukan bekerja mungkin menjadi penghalang bagi sesetengah individu yang ingin mancari ruang unuk bersenam. Namun tahukah anda, dengan aktiviti seharian pun, kita masih lagi boleh membakar kalori. Bagaimana? Kenalah teruskan pembacaan..

Ketahui juga, minum air yang secukupnya adalah perlu, namun, jika terlebih minum, anda akan membebankan ginjal anda dan memaksanya bekerja lebih dari rutin sepatutnya. Jika diamalkan, akan menyebabkan kerosakan ginjal pula... jadi macam mana ye... minum banyak pun salah, minum sikit pun salah...

Nak tahu cara bagaimana nak tentukan berapa liter air yang anda perlukan dalam sehari? Ianya beebeza mengikut individu.. Anda nak tahu caranya... kena juga baca sampai habis.. ;)




 #CARA 1 :  Naik turun tangga laju-laju!

          Setiap larian tangga boleh membakar 5 kalori. Walaupun nampak sikit, tapi lebih baik dari tak terbakar..kan..kan.. Yang officenya ada tangga, gunakanlah tangga ni sebaik mungkin.. asyik guna lif aje.. nanti lemak-lemak tu semua jadi tepu pula! Kalau dirumah anda ada tangga, bonuslah untuk anda!




#CARA 2 : Parkir kenderaan jauh dari pejabat atau shopping mall.

         Ha.. ni lah masanya nak bakar lemak-lemak tu. secara tak langsung, letak kenderaan jauh dari tempat tujuan anda akan memaksa anda berjalan.

#CARA 3 :  Makan dengan lebih kerap.


Eh, saya nak kurus! Suruh makan pula! Maksud disini, makan dengan kuantiti yang sedikit, dan berulang agar tidak mudah merasa lapar. Jangan sekali-kali skip waktu makan anda. Badan akan selalu mencerna makanan dan membuatkan anda lebih aktif. Sila klik link dibawah unuk melihat mengapa diet anda tidak berjaya walaupun anda tidak makan.

>>>>  5 SEBAB MENGAPA BERAT ANDA TIDAK TURUN SEMASA BERDIET >>>>>

#CARA 4 : Makan makanan pedas.


Makanan yang pedas-pedas akan memanaskan badan dan menyebabkan kalori terbakar dengan lebih banyak.

#CARA 5 :  Melakukan hubungan kelamin (Seks)- (AMARAN ! Bagi yang telah berkahwin sahaja!!)

 "Sexersize" selama 30 min dapat membakar 100 kalori atau lebih!


#CARA 6 :  Mengambil Kopi @ Supplemen metabolisme lain.

Kopi dapat membantu menurunkan berat badan! jika dilihat, kebanyakan produk-produk perlangsingan ada yang berasaskan kopi. Namun pastikan produk yang anda pilih itu selamat dan tidak mempunyai kesan sampingan.

>>>TURUN 10 KILO DALAM SEBULAN<<<

Klik link ini untuk mengetahui bagaimana caranya Pn. Zulaili menurunkan berat badan daripada 82kg kepada 58kg dan juga saranan produk yang selamat dan berkesan.



#CARA 7 :  Ketawa!!

Ya! Ketawa dapat menurunkan berat badan anda. Stress berkurangan, kalori menurun. pernah dengar kata-kata ini kan...

"Laughter is the best medicine"


#CARA 8 :  Bermain dengan anak-anak.

Selain membakar kalori, ianya bagus untuk hubungan kekeluargaan anda. Bagi yang masih bujang, boleh saja bermain dan melayan karenah anak-anak saudara kan..


#CARA 9 : Window shopping

Berjalan juga merupakan satu senaman.. jadi, sambil-sambil jamu mata, sedar atau tidak, anda sedang membakar kalori anda!!

#CARA 10 : Melakukan kerja-kerja rumah.

Secara tidak sengaja, keletihan anda sebagai seorang isteri dapat memberi manfaat. Para suami yang nak membakar kalori, apa kata tolong isteri anda dirumah...lakukannya bersama-sama..


"Amalkan "Defisit Kalori"  iaitu pengambilan kalori yang tidak melebihi had maksimum untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan anda"
(sumber: www.lobam.my)

Extra tips nak bagi ni, cara nak pastikan minum air yang secukupnya.. tahu bagaimana?

Seperti semua orang tahu, air merupakan satu elemen penting dalam tubuh kita. Namun, perlulah diingat agar bersederhana. Di dalam Islam juga ada menyebut, makan dan minum sewaktu anda berasa lapar sahaja, dan berhentilah makan dan minum sebelum anda kenyang. Ini bagi memastikan apa juga makanan atau minuman yang diambil mengikut kadar keperluan sahaja supaya tidak membebankan sistem tubuh kita... ingat.. kita adalah manusia.. bukan robot. Maka, kesihatan wajar dijaga sebaiknya.


Baiklah, perkiraannya mudah sahaja.


25kg = 1 liter air.
Contoh, jika 100kg sekurang-kurangnya 4 liter air sehari.


Macam banyak je nak kena minum? Ataupun mungkin anda terfikir, tak sempat nak minum sebanyak ni... anda boleh amalkan cara ini..

Minum 5 kali sehari mengikut waktu solat (Bagi yang bukan muslim anda boleh bahagikan 5 kali minum air ini diwaktu-waktu tertentu dalam sehari)

Contoh : Bagi 100kg = 4L air sehari
Sediakan 500ml didalam bekas minuman. Kemudian, minum separuh sebelum solat, separuh lagi selepas solat.
Selebihnya, tambahkan lagi 500ml lagi ketika sarapan, makan tengahari dan malam.
Jadi jumlahnya 4L sehari.

Mudahkan!!!!

Selamat mencuba!!!


Feel free to share...
Sharing is caring...

========================================================================

ARTIKEL YANG MUKIN ANDA MINATI
7 TIPS ATASI KULIK KERING &
BERSISIK


TIPS MEMILIH VITAMIN C
YANG SELAMAT
BAHAYA HB LOW KEPADA
IBU DAN JANIN
6+1 KUMPULAN YANG PERLUKAN
OMEGA






Tiada ulasan: