Rabu, 18 Mac 2015

15 PETUA MENGHILANGKAN BATUK DAN SELSEMA BAYI DAN KANAK-KANAK

Bayi dan kanak-kanak paling mudah dihinggapi batuk dan selsema. Pengalaman saya membesarkan 3 orang anak juga tidak terkecuali dari situasi ini. Sebagai ibu dan bapa seboleh-bolehnya dah tentu kita tidak mahu terlalu kerap memberikan anak-anak kita sumber ubat-ubatan yang sememangnya terkenal dengan kesan jangkamasa panjang dan kehadiran dadah. 

Sekiranya anak-anak masih aktif dan bagi bayi yang menyusu, ia masih menyusu seperti biasa, itu adalah normal. Para ibubapa boleh mencuba petua-petua yang bakal dikongsikan nanti.

Tetapi, awas sekiranya demam, batuk atau selsema mereka berlarutan, malah anak-anak kelihatan lesu, kurang selera makan @ menyusu, segeralah dibawa ke hospital, dapatkan nasihat dari yang lebih arif dan pakar.

Bagi bayi yang berumur 6 bulan ke bawah, kebiasaannya doktor tidak akan memberikan apa-apa ubatan kerana dari segi perubatan, ianya adalah normal bagi bayi kerana mungkin terdapat lendir yang tidak habis dikeluarkan semasa lahir, iaitu, batuk berkahak. Ia akan keluar sendiri melalui muntah dan najis. Jika diberikan ubat pun dosnya adalah kecil 1ml ke 2ml sahaja.



Perkongsian dari seorang sahabat saya yang bekerja sebagai pembantu perubatan, adalah tidak elok memberi bayi yang kurang dari 6 bulan ubat-ubatan, kerana dikhuairi imunisasinya terbantut, sistem pertahanan badannya sering memerlukan ubat-ubatan untuk melawan penyakit. Ini adalah perkembangan yang tidak baik bagi anak-anak. 

Bagi saya sendiri, saya telah tersalah langkah kerana terlampau risaukan anak saya yang baru berumur 2 bulan pada ketika itu, kerana batuknya seolah-olah, berterusan dan tidak berhenti. Saya telah memberikan dia ubat batuk dan demam pada ketika itu dalam dos yang agak tinggi saranan dari sebuah klinik swasta. Namun, setelah mendapat nasihat dari sahabat saya hentikan ubat tersebut dan hanya mengamalkan petua-petua disamping berdoa.. jadi, sahabat-sahabat jangan lakukan kesilapan seperti saya!

Sebelum saya kongsikan petuanya, ketahui dulu apa puncanya batuk dan selsema ni? Kalau nak tahu petua, haruslah teruskan pembacaan yer.. ;) 




"Penyebab utama virus batuk dan selsema ialah virus yang menjangkiti saluran pernafasan atas dikawasan hidung, faring (tekak) dan laring. Berdasarkan lebih daripada 100 jenis virus yang menjadi punca jangkitan, Rhinovirus dan Coronavirus merupakan virus yang kerap menyebabkan jangkitan."-Kementerian Kesihatan

Selain itu, ianya mungkin juga disebabkan reaksi alahan yang berpunca daripada habuk, asap, debunga, wangian dan bulu haiwan. Faktor cuaca juga memainkan peranan, terlampau sejuk atau terlampau panas. 

Cuaca yang semakin tidak menentu ini menyebabkan badan lebih mudah dijangkiti virus, bukan setakat anak kecil teapi orang dewasa juga mengalami situasi ini.




Jadi, apa cara yang boleh mengurangkan simtom batuk dan selsema anak-anak kita? Para Ibubapa bolehlah berikhthiar dengan cara berikut, mengikut keselesaan dan keserasian disamping berdoa kepadaNya.

1. Berikan anak rehat yang secukupnya dirumah
Elakkanlah membawa anak keluar dari rumah ke tempat awam jika tiada keperluan. Ini dapat mengelakkan virus berjangkit dengan anak-anak lain. Selain itu, anak-anak akan merasa letih dan proses penyembuhan mungkin memakan masa yang lama. 

2. Sentiasa bersama anak
Anak yang tidak sihat memerlukan pemerhatian. Jadi, isilah masa bersama mereka dengan sentuhan-sentuhan memujuk dan pelukan agar mereka merasa selesa dan selamat.Boleh juga bercerita dan membawa mereka berjalan-jalan di sekitar rumah untuk mengambil udara segar.

3. Bersihkan peralatan , rumah dan juga pakaian.
Walaupun rumah kia lazimnya nampak bersih, tetapi tidak salah sekiranya kita membuat pemeriksaan dan membersihkan habuk-habuk. Mop lantai menggunakan air panas dan menggunakan bahan pencuci anti-bakteria. Lebih baik jika menggunakan yang mesra alam dan tiada bahan kimia.

4. Aliran udara yang baik
Pastikan setiap pagi, buka pintu dan tingkap supaya aliran udara dapat mengalir dengan baik.

5. Tepuk Percussion
Menepuk bahagian badan- depan & belakang, dengan menggunakan tapak tangan yang melengkung (seperti kita nak sendawakan bayi). Tepuk ini bertujuan untuk memudahkan pengeluaran kahak. (berhati-hati ketika menepuk terutama ketika diaplikasikan kepada bayi)

6. Wap bersama bawang putih dan minyak zaiton
Teknik ini saya sering gunakan kepada bayi saya. Caranya sediakan:
  •  2 ulas bawang putih yang dibakar dengan kulit, kemudian lenyekkan sedikit didalam besen  
  • Tambahkan sedikit minyak zaitun
  • Tambahkan air panas
  •  Napkin nipis (saya tidak gunakan, risau bayi tak dapat tahan)
Riba anak dengan menhadapkan mukanya ke besen tersebut. Tutup kepalanya dengan napkin nipis. Wap tadi akan masuk ke dalam rongga anak. Kemudian tepuk belakang anak seperti teknik percussion tadi. InsyaAllah teknik ini akan melegakan dan melancarkan pernafasannya. Batuk dan selsema akan berkurangan.

7. Penjagaan makanan Ibu dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan membekalkan nutrisi.
Ibu yang menyusukan bayi, harus menjaga pemakanan. Ibu boleh makan sup dengan melebihkan bawang putih didalam sup tersebut. Ibu juga boleh mengambil supplement yang bersesuaian untuk ibu menyusu.
Anda mungkin meminati : SET MENYUSU

8. Kunyit
Kunyit sememangnya terkenal dengan antibiotik semulajadi selain bawang putih. Tumbuk kunyit hidup, sapukan di dahi dan batang hidung anak. InsyaAllah selsemanya akan mengering.

9.Bunga belimbing dan air beras
Bagi anak yang sudah makan makanan pejal, boleh cuba petua ini. Ambil bunga belimbing dan campurkan dengan air didihan beras, tapis dan beri anak minum. Ini adalah petua tradisional.

10. Daun basil, oregano dan daun sireh
Campur dan perahkan airnya. Beri anak minum sedikit. Hanya untuk bayi yang telah makan makanan pejal.

11. Lemon, halia, madu
Perahkan lemon, hiris halia dan masukkan madu sehingga meliputi halia. biarkan semalaman dalam peti ais, boleh berikan kepada anak-anak yang berumur 2 tahun keatas.

12. Garlic Socks
Bakar bawang putih, letak dalam stokin anak.

13. Mandian lemon
Letakkan hirisan lemon dalam air mandi bayi. Baunya dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi dan aromanya juga menenangkan.

14. Minyak bawang putih
Bakar bawang putih seperti teknik Wap bersama bawang putih dan minyak zaiton , cuma, tidak perlukan air panas. hanya tambah minyak masak/ zaitun/ bayi dan sapukan didada untuk legakan pernafasannya.

15. Habbatus Sauda dan Minyak Zaitun
Ini adalah perkongsian dari seorang sahabat saya, katanya , goreng biji habbatus sauda tanpa minyak, kemudian tambah minyak zaitun. sapukan ke dada anak. Bagus untuk batuk dan melancarkan sistem penafasan anak.

*Ingin meningkatkan daya imunisasi anak anda? Klik link Cara atasi anak kurus kering dan sakit selalu ini dan pastikan tonton video hingga akhir.


# Feel free to share.#
Mungkin dengan perkongsian anda dapat membantu orang lain lagi..

==========================================================================

ARTIKEL YANG MUNGKIN ANDA MINATI :

ANAK ANDA KERAP SAKIT? BADANNYA KURUS
DAN SERING TAK BERMAYA? JANGAN BIARKAN
IA BERTERUSAN. CUBA CARA INI UNTUK ATASINYA

Tiada ulasan: