Selasa, 18 November 2014

5 SEBAB MENGAPA BERAT BADAN ANDA TIDAK TURUN


Kali ni saya nak berkongsi tentang amalan diet yang menyebabkan berat anda tak turun2 @ berat turun pastu senang je naik balik...then turun lagi, kemudian naik balik... nak tau kenapa? jom tengok ni...

ADAKAH ANDA.....


 

 YA?!!! JADI APALAH KAITANNYE NGAN DIET SAYA NIH???


1. Sarapan umpama King dalam diet harian. Sekiranya anda tidak ambil sarapan, anda akan lebih rasa lapar ketika tengahari nanti dan mendorong anda makan dengan kuantiti yang banyak tanpa anda sedari.  Sarapan juga memberikan anda tenaga sebagai permulaan untuk memulakan hari anda.

2. Adakah mengurangkan masa makan anda adalah efektif? Tidak!! ia hanya akan membuat anda makan dan terus makan. Contohnya, sekiranya anda mengambil makanan anda hanya dua kali dalam sehari, anda akan makan dalam kuantiti yang banyak kerana lapar. tetapi jika anda makan sebanyak 5x sehari, dengan kuantiti yang sedikit lebih baik dan berkesan.

3.  Adakah anda mengamalkan diet yang tinggi karbohidrat seperti nasi? (Konon2 nak cepat kenyang dan kenyang lebih lama, pastu xlah asyik nak makan je kan?? ) sekiranya anda berfikir seperti ini, anda silap kerana, karbohidrat yang diambil secara berlebihan akan ditukar kepada lemak. Anda boleh makan nasi, tetapi kurangkan. gantikan ianya dengan makanan berunsurkan protin pada kuatiti yang sihat supaya otot badan terpelihara semasa proses berdiet dan anda tidak mengalami diet yoyo. (saya akan terangkan apakah diet yoyo diakhir artikel ni nanti).

4. Anda kurang bersenam @ tidak bersenam langsung?!! Anda perlu masukkan hari riadah anda dalam jadual harian anda bagi yang betul-betul nak diet dengan sihat. bukan sekadar makan ubat tu, ubat ni tapi langsung tak bersenam.

5. Anda diet, tetapi makan makanan yang tinggi gula, lemak, kolesrol dan seumpamanya, dah tentu diet anda tidak berkesan. Apa jua produk perlansingan yang anda ambil, jika anda mengamalkan makanan seperti ini, tidak akan berkesan malah memudaratkan kesihatan anda.

Anda dah tahu kan perkara-perkara yang boleh merosakkan diet anda? Jadi, mulalah berdiet secara sihat. Ada juga yang bertanya, saya dah ambil set penyikiran lemak shaklee, jadi kenapa tak boleh buat perkara2 diatas tu? jawapannya mudah.. Shaklee membantu untuk menyingkirkan lemak dan membantu mengekalkan otot anda jika diambil mengikut saranan. Diatas adalah saranan kami buat pengguna2 Shaklee. macam kita nak kaya, anda jalan pintas tak? tak ada kan... jika ada pun, pasti risikonya tinggi dan peratusannya sangat rendah, jadi ikutlah jalan yang selamat. Anda nak kurus, lakukannya dengan selamat dan sihat,  jangan ikut jalan shortcut yang mendatangkan banyak masalah di kemudian hari.




APA ITU DIET YOYO?

Pernah tak anda mengalami sekejap berat badan anda turun, kemudian naik pula dengan mudah. senang turun, senang naik? Inilah yang dipanggil DIET YOYO. Pada kebanyakan diet, anda kehilangan lemak dan otot. Apabila anda kehilangan otot, anda kehilangan keupayaan untuk membakar lemak dan merendahkan kadar metabolisme anda.

Apabila anda tidak meneruskan lagi diet tersebut, anda tidak boleh membakar kalori seperti yang anda lakukan sebelum ini. sebaliknya, berat badan anda bertambah berat. Kitaran ini akan berulang setiap kali anda meneruskan diet. ia adalah kesan yo-yo.

SET PENYINGKIRAN LEMAK SHAKLEE MENAWARKAN:





 





Tiada ulasan: