Isnin, 2 Mac 2015

Cara Mudah Merawat Demam Denggi

Nak Rawat Demam Denggi Tanpa Ubat? Ini Membantu… from iReach HD on Vimeo.Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.



Tanda-tanda dan gejala
  • Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
  • Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
  • Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
  • Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
  • Muntah dan kurang selera makan.


Nak Rawat Demam Denggi Tanpa Ubat? Ini Membantu... from iReach HD on Vimeo.


Rawatan demam denggi
  • Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
  • Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
  • Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
  • Mandi jerlum.
  • Antibiotik tidak diperlukan.
Pencegahan

Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.
Elakkan gigitan nyamuk dengan:
  • Gunakan ubat nyamuk.
  • Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
  • Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
  • Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
  • Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:
  • Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
  • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.
Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:
  • Muntah berlarutan/berpanjangan.
  • Sakit perut.
  • Kurang bermaya/sawan.
  • Sesak nafas.
  • Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
  • Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.
*Sumber : http://www.myhealth.gov.my/index.php/bayikanak-kanak/penyakit-berjangkit/demam-denggi


Petua Merawat Demam Denggi

1) Air Masak. Minum air masak dalam kuantiti yang banyak. Sekurang – kurangnya 3 liter sehari.

2) Sup Ketam. Reneh sup ketam dan beri kepada pesakit untuk di makan dan pastikan sup ketam dihirup dalam kuantiti yang perlu.

3) Jus Daun Betik. Jus ini dikatakan mujarab sebagai penawar denggi. Cara untuk membuat jus ialah, ambil sedikit dauh betik matang tumbuk sehingga lumat dan dapatkan jusnya. Beri satu sudu teh jus daun betik kepada pesakit.

4) Jus Buah Kiwi. Hanya perlu megisar buah kiwi yang segar dan kemudian minum jus buah kiwi.

5) Jus Buah Kurma. Kisar 10 ke 20 biji buah kurma bersama segelas air masak. Minum sehari 2 kali sewaktu pagi dan petang. Minum setiap hari sehingga sembuh

6) Jus Buah Jambu. Kisar dan dapatkan jus untuk diminum. Air Buah Jambu berperanan penting unutk melawan radikal bebas dalam tubuh badan manusia.

7) Jus Pegaga. Kisar dan minum jusnya.

8) Tembikai Merah. Boleh dimakan begitu sahaja atau jadikan jus. Amalkan setiap hari dan ambil dalam kuantiti yang banyak. Tugas utama tembikai adalah menggantikan cecair yang kurang didalam tubuh dan menyejukkan badan.

Secara ringkasnya, rawatan demam denggi ini adalah dengan pengambilan air yang banyak. Terdapat juga petua yang menggalakkan pengambilan Isotonik. Namun jika diperhatikanetapi minuman tersebut mempunyai gas dan kadar gula yang tinggi.
Sekiranya anda sedang  bersukan, gula tersebut akan ditukarkan sebagai tenaga. Tetapi bagi mereka yang hanya baring dan tidak menggunakan tenaga. Bagaimana?

Peranan Supplement Dalam Membantu Rawatan Demam Denggi

Terdapat 4 jenis Supplement yang dicadangkan oleh nutritionist Shaklee

1) Performance Drinks


Performance Drinks Shaklee sangat membantu mengimbangi kandungan elektrolit dalam tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.
Demam pada suhu yang tinggi akan menyebabkan kehilangan cecair yang banyak di dalam badan. Dengan pengambilan Performance setiap hari, ini akan dapat membantu tubuh pesakit daripada kehilangan cecair.
Ianya terbukti dengan ujian klinikal dan bertindak seperti minuman isotonik yang bebas karbonat dan kurang gula.

2) Nutriferon

nutriferon
Pengambilan Nutriferon  adalah penting kerana supplement ini berfungsi sebagai ‘immune booster’ yang meningkatkan tahap imunisasi dalam tubuh bagi melawan penyakit.

Dipatenkan secara eksklusif, satu-satunya interferon semulajadi didunia, malah formula yang digunakan juga adalah selamat, semulajadi, tulin dan berkesan.

Sekiranya anda mempunyai masalah seperti selalu demam, kerap diserang selsema, alahan, asma dan antibodi lemah, anda sangat disyorkan untuk mengambil Nutriferon ini untuk menguatkan imunisasi tubuh.


 3) Vitamin C Sustain Realease


Seperti yang ramai yang sedia maklum Vitamin C sangat membantu dalam meningkatkan sistem imunisasi badan. Sekiranya viamin ini cukup setiap hari, maka penghasilan sel darah merah dapat dipertingkatkan lagi.


Mengapa Vit C Sustain Realease dari Shaklee?

Rasionalnya, Vita C Sustained Realease ini adalah satu-satunya vitamin C yang diformulakan mengandungi 7.5 hidangan buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut kedalam tubuh kita setiap jam untuk memastikan vitamin ini dapat diserap secara keseluruhannya.

Bermaksud, vitamin dilepaskan secara perlahan-lahan di dalam badan, setiap jam 100mg. Selepas 5 jam barulah dilepaskan sepenuhnya.

Badan manusia biasa hanya boleh menyerap 100mg-200mg sahaja vitamin C, jika berlebihan akan dikeluarkan melalui urin. Oleh kerana itu Shaklee mencipta inovasi ini agar badan anda mendapat vit semaksimanya.

Ujian klinikal telah membuktikan Vitamin C didalam 2 tablet Vitamin Shaklee (dengan jurang masa 5 jam) mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24 jam.

Secara tidak langsung, sel darah merah akan bertambah dan dapat membunuh bakteria tersebut serta mengelakkan daripada terjadinya simptom yang lebih teruk. Iaitu denggi berdarah.

4) ESP 
esp-soy-protein
ESP adalah protein yang akan memberi tenaga pada tubuh badan seseorang. Semasa pesakit mengalami derita demam denggi.

Terlalu banyak vitamin, mineral dan cecair yang hilang dari tubuh badan.

Justeru itu, dengan pengambilannya pesakit dapat menyimpan semula semua vitamin yang baru diambil untuk kesihatan tubuh.

ESP befungsi memperbaiki sel dan menggalakkan penghasilan sel-sel baru.
Apabila tubuh anda mempunyai sel yang sihat, secara tidak langsung sel tersebut dapat menyerap vitamin yang anda ambil dengan lebih baik lagi.


Ingat!! Pencegahan lebih baik dari mengubati. Pastikan kawasan kediaman anda bebas Aedis. Selamatkan insan tersayang...

"Adalah menjadi tanggungjawab kita sendiri untuk menjaga kesihatan. Dengan kesihatan yang baik, tentunya kehidupan anda lebih ceria bersama insan-insan tersayang"


Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, anda boleh hubungi saya melalui sms| wassup| email. Saya akan membantu seboleh mungkin.

Ayu : 019-411 0544
Emel : greatteacherayuni@gmail.com

Sekiranya artikel ini membantu, sila kongsi agar rakan-rakan yang lain juga mendapat manfaat...




Tiada ulasan: