Isnin, 24 November 2014

4 PANDUAN PENYUSUAN SUSU IBU - UNTUK IBU YANG BEKERJAYA

Setelah bercuti selama 3 bulan sudah sampai masanya anda kembali menjadi seorang ibu yang bekerjaya. Jangan jadikan berkerja sebagai alasan untuk menyusukan si comel anda ye! Kesian... si comel anda berhak mendapat nutrisi yang terbaik dari susu ibunya yang tidak dapat diberikan oleh mana-mana susu formula..

Tonton video yang menarik ini, Ibu Menyusu Bekerjaya


Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.



Disini saya ingin kongsikan 4 tips sebagai persediaan awal sebelum anda kembali bekerja.


KEAZAMAN DAN SOKONGAN PADU

Keazaman dan sokongan adalah elemen penting dalam apajua perkara yang ingin kita lakukan. bukan senang ye nak menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu.

Maka tanamkan dalam diri, anda mahu anak anda membesar dengan sempurna dan ingin memberikan hanya yang terbaik untuk anak anda. Anda perlu bersedia secukupnya apabila mula bekerja nanti, tekanan dan keletihan menjalankan tanggungjawab yang mungkin dihadapi ketika di tempat kerja nanti akan menyebabkan susu kurang dan sebagainya.

Mintalah sokangan daripada suami, dah tentu si suami faham kan.. mungkin dari segi pertolongan membasuh segala kelengkapan menyusu, botol-botol dan boleh juga minta suami buat urutan di bahagian bahu untuk mengurangkan stress dan keletihan anda nanti.

Dengan sokongan dan keazaman yang kuat, anda dapat mengurangkan tekanan akibat terbeban dengan urusan kerja di pejabat dan juga dirumah.

Sekali-sekala, bolehlah anda baca cerita-cerita ibu bekerjya yang telah berjaya menyusukan anak sehingga dua tahun sebagai inspirasi anda. Tak susah untuk mencarinya... hanya Google sahaja!

PEMILIHAN SET PAM PAYUDARA YANG SESUAI

Untuk jangkamasa panjang, anda perlu menimbangkan untuk membeli pam payudara yang berkualiti dan sesuai mengikut keperluan anda.

Namun, anda perlulah berbelanja mengikut kemampuan. Tidak semestinya yang mahal itu yang terbaik buat anda. Anda boleh memilih pam elektrik atau pun manual. Pilihlah mengikut budget, keselesaan dan suasana tempat kerja.

Di dalam majalah PA & Ma edisi khas bumper 2014,  ada mengesyorkan menggunakan pam payudara elektrik berganda kerana lebih efisien dan menjimatkan masa. namun jika ada kekangan kewangan, belilah mengikut budget yang telah anda tetapkan.

KELENGKAPAN PENYUSUAN YANG MENCUKUPI

Anda perlu menyediakan kelengkapan yang mencukupi agar susu yang dibawa balik kekal dalam keadaan baik dan berkualiti. Apa yang anda perlukan adalah:




Beg pendingin susu



Ice Pack - Anda memerlukan sekurang-kurangnya 6 ice pack.



             ATAU    

Pek penyimpanan atau pun botol untuk penyimpanan susu (saya lebih suka pek penyimpanan susu kerana lebih jimat ruang)


Dah tentu pam susu ni adalah salah satu yang kena ada!!

Anda mungkin juga memerlukan pemanas botol susu untuk ditinggalkan di rumah pengasuh. Jadi tiada isu susu ibu susah untuk disediakan...


contoh pemanas botol susu.




KUMPUL BEKALAN SUSU IBU PERAHAN

Sebulan selepas kelahiran bayi anda , anda sudah boleh mula membuat stok. Lakukan secara rutin tanpa culas setiap 3 jam sekali terutama waktu malam. Anda boleh juga mengamalkan "tendem pumping" iaitu mengepam sambil menyusukan bayi. Pastikan payudara benar-benar dikosongkan setiap kali mengepam.

**Dalam entry yang seterusnya, saya akan kongsikan 9 tips mengendalikan susu ibu ketika keluar bertugas di luar kawasan.Submit emel anda agar tidak terlepas tips-tips dan perkongsian dari blog ini.


***Rujukan: Majalah Pa&Ma Edisi Bumper 2014








Set menyusu Shaklee mengikut keperluan dan budget. Berikan simanja anda susu yang penuh dengan nutrisi!! 



set menyusu budget (ESP + ostematrix)











































































































📞💬0194110544 untuk tempahan
**Dijamin harga terbaik
***Konsultasi berterusan untuk pelanggan jagakesihatan.com

Tiada ulasan: