Selasa, 28 April 2015

RAWATAN ASTHMA


 

Bimillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum, Salam sejahtera..

Lama jugak tak update blog ni... agak bz dengan kerja harian, terabai sekejap blogku ini.. Em, seminggu lepas ada seorang dari pembaca blog tanya tentang supplement asthma maka terbitlah dihai ni nak berkongsi tentang Penyakit Asthma ni. Sebenarnya family saya pun ada yang mengidap asthma. Kakak dan anak-anaknya adalah penghidap asthma yang memerlukan penjagaan ekslusif jugaklah.. Saya sendiri masa mengandung baru-baru ni, tiba-tiba diserang penyakit ni.. terkejut jugak rasanya!

 

Biasanya, pencetus serangan asthma, termasuklah alahan hidung seperti habuk, debunga, spora kulapuk, epitalial binatang peliharaan, udara sejuk, senaman, jangkitan sistem pernafasan, tekanan emosi, aspirin dan ubat seumpamanya. 


Penyakit ini merupakan penyakit yang agak lazim di Malaysia. Asthma atau lelah adalah penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana, ketika pesakit diserang asthma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam peparu menjadi sempit.  


Jika dilihat pencetus serangan asthma diatas, bagi ibu yang mengandung memang berkemungkinan menghidapinya kerana ibu yang mengandung mudah terdedah kepada penyakit jika antibodi lemah dan tidak menjaga pemakanan dengan betul. 

 

 Bagi ibu mengandung yang sememangnya ada masalah alahan seperti saya yang sememangnya menghidap resdung, lebih mudah untuk terkena penyakit ini. Namun, selepas bersalin, biasanya simptom asma ini akan hilang sendiri. (seperti pengalaman saya juga.. hehe..tp, masalah alahan resdung tetap perlu dikawal.)  

 

Pesakit mungkin juga mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas dan sukar untuk bersenam. Ketika otot mengejang, saluran udara akan mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi, paru-paru akan kehilangan udara dan boleh menyebabkan pesakit pengsan.

 

Pembengkakan pada saluran udara bronkiol menyebabkan kesukaran bernafas .

 


Astma menyerang tidak kira peringkat umur. Kajian mendapati, jumlah penghidap asthma dikalangan kanak-kanak semakin meningkat dan selalunya akan sembuh apabila usia meningkat kepada 12 - 13 tahun namun ibu bapa perlulah sentiasa memantau keadaan dan kondisi anak. Kira-kira 20%-60% pula, sembuh apabila mencapai usia 20-25 tahun, manakala 20% pula akan mendapat asthma yang berterusan.


Ubat- ubatan yang digunakan untuk mengawal asthma
1. Montelukast
Ia juga dikenali dengan nama Singulair.  Montelukast adalah ubat pil yang digunakan untuk :
  • Pencegahan penyakit asma.
  • Alahan rhinitis.
  • Asma yang dicetuskan oleh senaman
Montelukast tidak memberikan kelegaan serta-merta, oleh itu, ia tidak sesuai untuk merawat gejala akut asma. Ubat ini dimakan sebiji sekali sehari.
 
Kesan Sampingan
Montelukast selamat dimakan tanpa kesan sampingan yang signifikan.  Ia boleh digunakan untuk jangka waktu yang lama.
PENTING! Montelukast TIDAK BOLEH digunakan untuk pesakit-pesakit berikut :
  • Mempunyai sejarah alahan kepada ubatan berkaitan montelukast
  • Pesakit “phenylkenonuria” (PKU)
Ia hendaklah digunakan secara berhati-hati di kalangan pesakit-pesakit :
  • Buah pinggang
  • Sakit hepar (“liver diseases”)
2. Prednisolone
Apakah prednisolone?
Prednisolone adalah sejenis ubat steroid. Ia digunakan untuk pesakit asma yang mengalami serangan asma akut. Ia biasanya dimakan untuk beberapa hari dan pesakit tidak semestinya  dimasukkan ke hospital.untuk rawatan ini.

Bagaimanakah prednisolone merawat asma anda?

Prednisolone bertindak dengan meredakan radang pada salur pernafasan anda. Radang di saluran pernafasan menyebabkan saluran pernafasan anda menjadi sensitif  terhadap faktor-faktor pencetus, seterusnya menyebabkannya sempit dan sukar bernafas. Prednisolone merawat radang salur pernafasan dengan cepat dan berkesan untuk serangan asma akut. Ia perlu dimakan supaya ia diserap ke dalam darah sebelum dialirkan ke paru-paru dan salur pernafasan.

Berapa lamakah prednisolone digunakan?

Biasanya ia digunakan untuk 3 hingga 5 hari, bergantung pada tahap keterukan serangan asma akut. Kadangkala, ia perlu diambil .lebih lama bergantung kepada nasihat doktor.

Adakah prednisolone selamat digunakan oleh pesakit asma?
Penggunaan prednisolone pada dos dan kadar terapeutik mengikut nasihat doktor adalah selamat.  Walaubagaimanapun, penggunaan prednisolone secara berpanjangan tanpa seliaan doktor boleh memberi kesan sampingan yang serius.

Mengapakah saya selalu terpaksa mengambil prednisolone untuk penyakit asma saya?

Ini bermakna penyakit asma anda adalah diluar kawalan. Masih terdapat radangan pada  saluran pernafasan anda yang menyebabkannya sensitif terhadap faktor-faktor pencetus di persekitaran anda. Sila dapatkan nasihat doktor untuk mendapatkan dos rawatan ubat sedutan pencegahan yang optima bagi kawalan asma sepenuhnya.

Apakah kesan sampingan prednisolone?
Pengambilan prednisolone boleh mengakibatkan :
  • Berat badan bertambah
  • Paras gula dalam darah meningkat
  • Tekanan darah meningkat
  • Penakungan air berlebihan dalam badan (“oedema”)
Jika diambil untuk jangkamasa yang lama, ia boleh menyebabkan:
  • Kencing manis
  • Katarak mata  (“manik mata” berselaput)
  • Tulang rapuh (“osteoporosis”)
  • Otot lemah
  • Kurang daya tahan atau sistem imun badan dan mudah dijangkiti penyakit
  • Kerencatan tumbesaran pada kanak-kanak

(http://www.myhealth.gov.my/index.php/ubat-ubat-asma-lain-penggunaan-dan-kesan-sampingan)

Agak bahaya juga yer.. kalau dilihat disini. Ada tak cara lain untuk menggantikan ubat-ubatan ini? 

Ya, ada. berikut adalah cadangan dari saya. Semasa saya mengalami penyakit ini, saya hanya mengambil Vitamin C dari Shaklee kerana saya rasa masalah saya hanyalah imunisasi yang lemah dan mudah untuk saya mendapat jangkitan. Pada ketika itu, saya mengalami batuk yang berterusan sehingga 3 bulan.  

Batuk stop, tak sampai seminggu jadi lagi.. dalam pada tu, migrain bukan main lagilah... masa tu saya masih teruskan pengambilan vitamin yang dibekalkan oleh klinik termasuk vitamin C. Namun, selepas saya bertukar mengambil Vitamin C Shaklee, barulah ada perubahan yang baik... Dalam pada tu doa juga tak putus-putus, sebab risau juga dengan kesihatan si kecil dalam perut tu.

1. OMEGA GUARD SHAKLEE

 
Kajian klinikal Universiti of Maryland Medical Center menunjukkan 29 kanak-kanak asthma yang diberi makan minyak ikan yang kaya EPA dan DHA selama 10 bulan didapati mampu mengurangkan simptom asthma berbanding kanak-kanak yang mengambil placebo.



Kajian penyelidik Jepun keatas 32 pesakit COPD (chronic obstructive pulmonary disease) yang diberi supplemen omega-3 mendapati, selepas setiap 3 bulan tahap kesihatan mereka semakin baik berbanding mereka yang tidak diberi omega-3.



Penyelidik mencadangkan sokongan nutrisi yang mengandungi asid lemak omega-3 adalah selamat dan praktikal untuk merawat masalah berkaitan peparu dan pernafasan.

Volume : 90 Kapsul
Cara makan : 1 biji, 3 kali sehari, Selepas makan
Harga : RM136.00

Untuk info berkaitan omega guard sila klik : KEPENTINGAN OMEGA GUARD

2) NutriFeron (interferon semulajadi Shaklee)

 



Seperti yang kita tahu, asthma dicetuskan oleh serangan alergen, manakala sistem imun pesakit tidak dapat bertahan terhadap serangan tersebut. Asthma pada kanak-kanak menunjukkan ada keradangan melampau di laluan udara.



Bagaimana interferon membantu? Penyelidik menemui keupayaan interferon menghalang populasi sel imun yang mencetuskan asthma. Secara semulajadi 1 kelas sel limfosit T yang dikenali sebagai T helper 2 cells (Th2 cell) membantu melindungi menentang jangkitan dengan merembeskan bahan kimia untuk meransang pembengkakan; tetapi dalam sesetengah individu, sel Th2 boleh menyebabkan tindak balas alergik kepada sel normal yang tidak berbahaya seperti pencemar dan debunga. 

Apabila sel Th2 menjadi reaktif kepada tersebut, ia mencetuskan semua proses pembengkakan yang biasa terhadap penyakit alergi seperti asthma dan ekzema.



Journal of Immunology mencadangkan interferon digunakan untuk terapi pesakit asthma. Interferon akan menghalang pembentukan sel Th2 dan kestabilannya dengan memberhentikan perembesan asthma-causing chemical lalu memberhentikan simptom asthma.

Volume : 30 stik
Cara makan: 1 paket sehari . (Dituang terus kedalam mulut atau campurkan dengan minuman panas atau sejuk bila-bila masa)
Harga : RM181.25

(credit to blog : mamaimaneliasyah ) 

Sekiranya anda merasakan penyakit asthma anda perlu dikawal dengan lebih baik lagi, anda boleh juga menambah atau mengambil Vivix dengan hanya 1 sudu, dua kali sehari. Lihat bagaimana saudara ini mengawal asthma yang telah lama dihidapinya.

 


VIVIX

Ianya adalah produk terbaik yang dihasilkan oleh para sainis Shaklee. Ianya bertindak sehingga ke DNA dan berupaya membaik pulih sel-sel tubuh. Sel-Sel DNA boleh rosak disebabkan oleh serangan radikal bebas, pencemaran dan tabiat pemakanan yang tidak seimbang.

Kandungannya adalah gabungan 4 bahan istimewa iaitu campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Cuspidatum, Elderberi Eropah dan Lobak Unggu. Ianya juga mengandungi Revaterol dan Polifenol tinggi.

Vivix dapat membantu pesakit asthma bernafas dengan lebih selesa. Sebenarnya Vivix juga sesuai untuk membantu penghidap
  • Gout
  • Kanser
  • Darah Tinggi
  • Diabetes
  • Alahan 
  • Perokok Tegar
Harga vivix ini, jauh lebih murah jika nak dibandingkan dengan kos-kos rawatan bagi penyakit-penyakit ini, disamping ianya membantu dengan cara yang selamat.




Kandungan : 150 ml
Cara Makan : 1 Sudu, 2 x sehari
Harga : RM475.00

Sekiranya anda perlukan supplement2 diatas, ataupun perlukan konsultasi jangan segan2

SMS | Wassup saya di 
Ayu
019-411 0544

Tunggu!! Anda mahukan lebih penjimatan? Mari sertai kami di Shaklee dan dapatkan Penjimatan serta faedah seumur hidup. WASSUP "JIMAT" di 019-411 0544.


Anda juga mungkin meminati post ini:


8 Kaedah rawatan sakit lutut
Rawati Masalah Kulit Dengan Herbal Blend

44 PRODUK BERBAHAYA

Tiada ulasan: