Sabtu, 11 Julai 2015

APA ITU DETOX DAN KEPENTINGANNYA KEPADA TUBUH KITA


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca..

Sekejap tadi saya terbaca tentang satu perkongsian tentang kepentingan "Detox" untuk tubuh badan kita. Sejauh mana kita faham apakah itu "DETOX"? Selalu juga bila kita nak beli makanan tambahan (supplement) untuk proses perlangsingan, rata-rata produk pasti ada proses detox ni. Kenapa perlu detox? Pernah saya tertanya-tanya sendiri dulu, kenapalah produk perlangsingan ni semua perlu "buang-buang", leceh la kalau asyik nak ke tandas kan..nak pulak kita bekerja…

DETOX @ DETOKSIFIKASI -merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia.

 

Berikut saya kongsikan penerangan tentang detox dan keperluannya kepada tubuh. Perkongsian ini saya ambil dari Facebook Dr. Suriyakhatun.

  "Kita memang hari-hari detox sebab kalau tidak detox, kita akan mati. Toxin akan mencapai tahap merbahaya dan ini akan meracunkan saraf dan tisu badan yang akan menyebabkan sakit dan akhirnya maut.

Organ detox dalam badan kita adalah :
●● SISTEM GASTROINTENSITAL (GIT) TERMASUK :

  1. HATI
  2. HEMPEDU

●● GINJAL
●● KULIT - Termasuk liang peluh
●● PARU-PARU
 
Bila sistem detox yang utama iaitu GIT dan ginjal tidak menjalankan tugas dengan optima, kulit akan keluar ruam atau jerawat dan bisul serta peluh yang berbau busuk.

Ini dapat dilihat pada orang yang mengalami sakit buah pinggang (renal failure). Bila tahap toksin yang diukur dengan kadar creatinine mula meningkat, pada mulanya pesakit akan menjadi sedang marah, dan bertambah seolah-olah pesakit jadi kejam. Sekiranya toksin tidak dibuang melalui dialysis pesakit akan meracau dan koma dan meninggal.
Bagi orang yang ada hati atau hempedu yang tidak optima ataupun hanya sembelit, toksin lain pula yang akan berkumpul dan juga menjejaskan pesakit.
Maka, detox yang sebenarnya adakan mengoptimakan fungsi organ detox dan juga mengurangkan bahan toksik dari masuk dalam badan. Disamping itu, pengambilan makanan dan superfoods yang diketahui bersifat antioksidants serta support atau bantu organ-organ yang disebutkan tadi.

Contoh amalan detox yang baik adalah berpuasa. Puasa merehatkan GIT dan juga ginjal maka sel-sel tubuh dapat pulih. Kena pastikan juga tidak sembelit, boleh dilakukan dengan pemakanan.

Jadi, rugi jika kita berpuasa kemudian berbuka puasa dengan makanan yang bertoksik dan banyak bahan kimia atau kurang zatnya!" ‖
 
Begitu hasil perkongsian beliau. Melalui perkongsian ini dapat saya simpulkan, betapa pentingnya proses detox kepada tubuh kita. Nak langsing ke, nak sihat ke perlu detox supaya toksin-toksin dalam badan kita keluar dan menjadikan tubuh kita lebih sihat.

Sebenarnya amalan membersihkan perut ini telah lama diamalkan oleh orang-orang terdahulu. Sebagai contoh, orang Arab dan India mengamalkan memakan julab secara berkala seperti seminggu sekali. Perut merupakan sumber hampir kepada semua penyakit! Jadi, jika perut bersih, badan sihat, otak juga sihat. Jika perut kotor, sebaliknya juga berlaku.

#Tips:
 
 

Harap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca semua.. Jagalah kesihatan anda, mencegah lebih baik daripada mengubati!

 

Mahu lebih tips makanan yang membantu detoks dengan berkesan dan ketahui 8 tanda-tanda toksin dalam badan anda berlebihan, sila


 

 
RELATED POST:
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 

 

 

 

 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Baccarat (with examples) - Worrione
Baccarat is worrione one of the most popular gambling games in Asia. The youtube downloader game was developed by the Baccarat family of baccarat lovers in order to kadangpintar play the game of