Sabtu, 11 Julai 2015

RESEPI MUDAH UBI BAKAR CHEESY


Selamat berhujung minggu.. Agaknya apa aktiviti yang anda nak isikan dihujung minggu ini? Mungkin ada yang sibuk mengemas rumah atau ke Mall untuk persiapan raya ni kan! Diam tak diam… lebih kurang 6 hari saja lagi Ramadhan nak meninggalkan kita! Cepat sungguh rasanya.. Begitulah masa berlalukan.. Kalau tak diisi dengan perkara yang berfaedah.. Memang rugi.

Oh, semalam saya ada mencuba resepi baru yang saya dapat dari seorang rakan.. Menu ni mudah, dan super senang!! Betul, kalau xcaya jom buat!

 
RESEPI UBI BAKAR CHEESY

BAHAN-BAHAN

  1. 3/ 4 ketul ubi kentang Russet (ikut je berapa biji yang anda nak makan… oleh kerana kat rumah ada ubi kentang biasa, saya gunakan ubi kentang biasa je.)
  2. 3-4 keping keju (ikut citarasa sendiri)
  3. Mayonis
  4. Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT

  1. Basuh ubi elok-elok, tak payah buang kulit. Pastikan basuh elok-elok je.
  2. Balut ubi dengan aluminium foil.. Supaya lebih cepat masak dan gebus. Sebelum bungkus, tabur garam secukup rasa. (Saya rebus dulu ubi sampai empuk sebab gunakan ubi biasa yang lebih keras dari ubi Russet tu. Masa rebus saya letak garam siap-siap. Jadi masa nak bakar, tak payah letak garam dah)
  3. Bakar ubi dalam 30 Min atau sehingga empuk.
  4. Buka aluminiom foil, belah ubi ditengahnya, letakkan mayonis dan cheese secara berselang seli. Cheese tu boleh la dikoyak-koyakkan.
  5. Kemudian bakar semula dalam 5 minit..
  6. Siap… tada…..

 

 
Selamat mencuba!! Dan selamat berhujung minggu dalam bulan Ramadhan terakhir. Semoga Allah menerima kesemua amalan kita..

 

 

Tiada ulasan: