Jumaat, 10 Julai 2015

5 TIPS SUNTIK SELERA ANAK YANG MEMILIH MAKANAN

 
"Sayang.. Makanlah sikit.. Nanti nasi tu nangis tau adik tak makan dia.." Lebih kurang macam tulah ayat-ayat yang sering kita guna nak pujuk anak-anak yang memilih makan (picky eater) kan..

Bagi yang belum pernah mengalami, Picky eater di kalangan kanak-kanak ni biasa berlaku dan merupakan cabaran biasa dikalangan kanak-kanak yang sedang membesar. Biasanya makanan berkhasiat macam sayur, daging dan buah-buahan tu lah yang susah sangat kita nak bagi si Picky Eater ni makan. Si manja ni hanya nak makan makanan kegemaran mereka sahaja. Lebih cenderung kepada makanan yang kurang berkhasiat seperti jajan-jajan, makanan segera dan sebagainya.

Disini saya kongsikan beberapa tips yang saya gunakan kepada anak-anak saya.

 


 

#TIPS 1

MAKAN BERSAMA MEREKA

Cara ini dapat merapatkan hubungan antara ibu/bapa dan anak. Sambil makan kita boleh bersembang secara santai bersama mereka. Boleh juga educate mereka, contohnya, "Kakak, makan buah oren ni bagus tau.. Nanti badan kakak susah dapat sakit. Kakak suka pergi sekolah kan, kalau sakit tak dapat pergim sekolah, kakak kena jaga kesihatan baik-baik dengan cara, makan makanan yang berkhasiat macam buah limau ni.."

Secara tak langsung, anda menggalakkan mereka sentiasa menjaga kesihatan. Macam anak saya, memang suka sangat nak ke sekolah, cuti Sabtu Ahad pun katanya nak kesekolah.. Jadi saya educate dia dengan cara macam tu..

 #TIPS 2

GUNAKAN KREATIVITI ANDA

Sekali sekala, buat perubahan pada menu. Buat hiasan dengan kreatif untuk menarik minat mereka. Boleh juga gunakan pinggan yang bergambar kartun-kartun kesukaan mereka atau bentukkan makanan seperti patung kesayangan mereka...
 


 
#TIPS 3

BERBINCANG BERSAMA

Gunakan pendekatan ini sekali sekali untuk membuatkan anak rasa dihargai. Boleh sediakan menu yang mereka gemari contohnya kweitiow goreng. Mungkin biasanya mereka hanya makan udang atau ayam didalam menu tersebut, wujudkan rasa simpati dalam diri mereka seperti, kalau mama masak, Wiwi kena makan sekali kweitiow, bawang… barulah sihat. Kalau tak, penat je mama masak.. Kesian kat mama… ha lebih kurang macam tu la..

#TIPS 4

BERIKAN TELADAN

Dah tentulah kita sendiri mesti..mesti..mesti libatkan diri dimeja makan… harus kita sendiri tunjukkan yang kita juga mengambil makanan yang berkhasiat..

#TIPS 5

JADIKAN BUAH-BUAHAN SEGAR DAN SAYURAN SEBAGAI SNEK
 
Boleh google resepi-resepi yang lebih sihat untuk mereka. Contohnya brokoli goreng tepung. Sekurang-kurangnya mereka ada mengambil sayuran. Makanan yang berkhasiat dapat membantu memenuhi keperluan vitamin dan mineral yang kanak-kanak perlukan untuk membesar.
 
nutrisi yang diperlukan oleh anak-anak kita
 
Antara cara lain untuk memastikan anak anda mendapat keseluruhan vitamin dan mineral yang mereka perlukan untuk membesar, boleh berikan .VITALEA CHEWABLE MULTIVITAMIN Seperti yang telah saya kongsikan di artikel sebelum ini, Shaklee adalah peneraju vitamin didunia ini dengan mencipta Vitamin pertama di dunia iaitu Vitalea. Dengan penyelikan yang teliti, para saintis Shaklee telah mencipta Vitalea untuk kanak-kanak bagi membantu ibu bapa memberikan anak-anak kelengkapan vitamin yang secukupnya seharian.

Disamping rasanya yang enak dengan perisa Anggur, botolnya direka khas untuk mengelakkan anak anda mengambil secara berlebihan. Maklumlah, rasanya sedap, jadi kanak-kanak dah tentu mahukannya berulangkali. KLIK VITALEA FOR CHILDREN untuk maklumat lanjut produk. Anda juga boleh menghubungi saya untuk mendapatkan keterangan lanjut tentang diskaun dan harga hebat yang sedang berlangsung sekarang!

 

Hubungi saya di

 

(Wassup | SMS)

Ayu

019-411 0544
ezkem
Jangan lupa ikuti page JagaKesihatan.Com di Facebook
 
RELATED ARTICLE
 
 
 
 
 
 
 
 
=========================================================================
LAGI ARTIKEL YANG MUNGKIN ANDA MINATI
 
ANAK ANDA KERAP JATUH SAKIT?
BADANNYA KURUS BAGAI TAK CUKUP MAKAN?
CUBA CARA INI

ANAK ANDA BATUK?
DAH MACAM-MACAM UBAT
DIBERI TETAPI MASIH BATUK LAGI?
CUBA SALAH SATU DARIPADA
15 PETUA INI!
 


 

 

Tiada ulasan: