Isnin, 6 Julai 2015

8 Faktor- Faktor Risiko Yang Menyebabkan Kelahiran Pramatang




Assalamualaikum & Salam sejahtera. Lately, banyak cerita-cerita mengenai baby dan kanak2 kan.. Mangsa dera la, koma & macam2 lagi. Tergamak sungguh hati2 yang sanggup buat macam tu pada anak syurga ni..

Yang peliknya bapa sendiri biarkan anaknya didera oleh ibu tiri! Ingat senang ke nak dapat zuriat.. Ada orang sanggup berhabis duit nak dapatkan zuriat, dia pulak senang aje nak dera anak camtu!

Kalau kita tengok, macam-macam pengalaman, dugaan masa ibu mengandung sehinggalah anak lahir.

Pengalaman saya sendiri, degan 3 orang anak memang berbeza setiap seorang. Yang paling saya sukar untuk lupakan, pengalaman bersalin anak ketiga. Betul2 cukup bulan! Kalau kurang sehari memang dikategorikan bayi Pramatang lah.  Tapi, lps bersalin baby ada masalah jangkitan kuman, so kn masuk ward NICU.

Kat sini ramai baby2 yang ada masalah sama mcm baby saya, dan yang paling ramai bayi2 pramatang. First time merasa situasi tu.

Macam mana boleh jadi kelahiran pramatang ni ye? Saya kongsikan sedikit kat sini faktor2 risikonya. Ini untuk panduan saya juga..  Sebelum ni, tak pernah tahu..  Sebenarnya, banyak faktor. Ni diantaranya lah...

1⃣ Selaput amnion pecah belum pada waktunya. (PROM)
2/3 kes2 kelahiran pramatang ni disebabkan PROM.

2⃣ Ibu yang hamilkan ANAK KEMBAR
Kelahiran pramatang bagi ibu yang hamilkan anak kembar ni adalah 50%.
Ia terjadi kerana, saiz rahim merupakan satu faktor yang menentukan masa bersalin. Rahim yang lebih besar dari biasa menyebabkan pengecutan rahim (rasa sakit nak bersalin) terjadi lebih awal.

3⃣ Kejadian polihidramnios (cecair amnions yang terlampau banyak) boleh meningkatkan risiko kelahiran pramatang ini, sebab, ia boleh menjadikakejadian mengembang menjadi besar.

4⃣ Ada terjadinya keabnormalan pangkal rahim, rahim dan uri seperti kejadian2 dibawah: ⇩⇩

■ Masalah Abrusi Plasenta. Iaitu, pemisah sebahagian daripada uri @ sepenuhnya daripada dinding rahim menyebabkan rahim mudah rengsa dan mengecut, akhirnya menyebabkan kelahiran pramatang.

■ Masalah uri jatuh (plasenta previa - kedudukan uri dipintu rahim) antara punca utama kelahiran pramatang ni.

■ Pangkal rahim yang lemah - menyebabkan bukaan rahim tidak dapat menutup dengan sempurna.

■ Terjadinya hujung atas rahim terpisah dua (uterus bikormu). Dalam keadaan ini risiko kelahiran pramatang adalah 80%.

■ Ada ketumbuhan dalam rahim (mioma rahim @ fibroid)

5⃣ Fibronektin Faraj (fFN)
Ianya merupakan sejenis glikoprotein yang dihasilkan oleh janin untuk membantu mengikat sel-sel itu sekali. Ini mengekalkan kedudukan uri di dinding rahim. Jumlah rembesan fFN yang terlapau banyak dalam rembesan servikovagina boleh menjadi petanda kelahiran pramatang.

6⃣ Faktor umur dan bangsa
Bangsa kulit hitam dan pesakit yang lanjut usia lebih cenderung mengalami kelahiran pramatang ini

7⃣ Sejarah kelahiran sebelumnya- pernah mengalami kelahiran pramatang
Risiko untuk melahirkan anak pramatang bagi anak yang berikutnya juga adalah tinggi.

8⃣ Terdapat jangkitan kuman pada ⇩

 Saluran bukan pembiakan

■ Bakteriuria asimptomatik iaitu air kencing mengandungi bakteria tetapi ibu tidak menunjukkan sebarang gejala jangkitan.

■ Pielonefritis akut yang tidak dirawatiaitu jangkitan bakteria di buah pinggang. Ibu2 yang mengalami jangkitan ini berisiko sebanyak 30% untuk mengalami kelahiran pramatang.

■ Pneumonia. Risikonya adalah 25% melahirkan bayi pramatang

 Jangkitan Saluran Pembiakan

■ Jangkitan oleh Treponema Pallidum- bakteria ini menyebabkan siflis.

■Siflis primer atau sekunder yang tidak dirawat, risiko kelahiran pramatang adalah 50%.

■Jangkitan gonokokus - penyebab gonorea

■Vaginosis bakteria (Flora faraj yang normal telah diganti dengan bakteria lain)

■Latrogenik iaitu kelahiran disebabkan sesuatu rawatan perubatan atau pembedahan

■ Ibu- ibu yang mengalami preeklamsia serius iaitu darah tinggi yang serius atau eklampsia, bayi perlu dilahirkan lebih awal untuk menyelamatkan nyawa ibu.

Apa yang boleh kita lakukan untuk mengelak kelahiran pramatang ini? Sebenarnya tiada pencegahan yang khusus. Namun beberapa langkah ini boleh diambil untuk mengurangkan risiko.

 Amalkanlah gaya hidup sihat seperti bersenam, meninggalkan tabiat merokok, minum minuman keras. Ikutilah nasihat-nasihat mereka yang pakar dan berpengalaman. Usah risau untuk lebihkan belanja dalam melengkapkan nutrisi harian seperti mengamalkan makanan yang seimbang, mengambil vitamin yang disarankan. Vitamin- vitamin ini kadang- kadang tidak dibekalkan secara langsung di klinik ibu dan anak namun anda boleh mendapatkan vitamin yang lengkap dipasaran. Pastikan anda mengambilnya dengan khidmat nasihat pakar atau yang berpengalaman sahaja.

 Jika boleh, rawatlah sebarang masalah yang timbul seperti jangkitan kuman dan pangkal rahim yang lemah. Nutrisi lengkap sangat membantu dalam mengelakkan gejala- gejala seperti ini. Dapatkan juga vitamin C sebagai langkah meningkatkan imunisasi ibu dan bayi.

 Sekiranya anda sedang hamil anak kembar, kurangkan aktiviti harian. Ini mungkin dapat membantu risiko pengecutan rahim.

Yang penting, amalkan gaya hidup sihat.. Jangan malas2.. Hehe.. Kadang2 nak makan vitamin pun malas.. (Saya lah tu... Dulu lah.. Hehe)

Baik semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada yang membaca yer.. Jumpa next article.. 





Tiada ulasan: