Isnin, 17 Ogos 2015

PUNCA WARGA EMAS SERING DIJANGKITI PENYAKIT



“Semangkuk bubur pun dah cukup buat mak… kenyang sampai malam..”

“Dah takde gigi.. tak makan sayur pun tak apa”

“Biasalah tu, orang tua.. memang la makan sikit je.. dia dah puas makan masa muda2 dulu…”

Biasa tak dengar ayat-ayat yang lebih kurang macam gini? Tak kisahlah keluar dari mulut mak ayah kita ataupun kita sendiri penah fikir macam ni. Sebagai anak, pernahkan kita terfikir untuk lebih memahami mengapa mereka kurang makan sedangkan zat dan gizi seimbang amat penting untuk mereka. Jangan pula pentingkan diri, hanya yang muda-muda ni aje boleh makan macam-macam…Kadang-kadang mereka juga teringin nak mencuba pelbagai makanan.

Warga emas adalah golongan yang paling mudah mengalami kekurangan zat makanan, oleh sebab itulah banyak penyakit yang timbul apabila pemakanan mereka tidak seimbang. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang situasi ini.

Sekitar tahun 60 tahun, deria rasa dan bau akan mula menjadi kurang sensitif dan akan bertambah buruk apabila menginjak ke angka 70an. Sebab itu, tidak hairan warga emas kerap tidak berselera untuk makan.

Kajian yang dilakukan oleh Schiffman dan Warwick pada tahun 1992 mendapati, apabila rangsangan sensori deria rasa dan bau menurun, ia akan mengganggu proses metabolic seperti penghasilan air liur, asid gastrik, insulin dan lain-lain. Xerostomia ataupun mulut yang menjadi kering akibat kurangnya penghasilan air liur telah berlaku kepada lebih 70% warga emas. Mereka yang mengalami ini mengalami kesukaran mengunyah dan menelan.

Kerana itulah mereka mengelak dari memakan sesetengah makanan terutamanya jenis rangup dan kering.

Selain itu, sejajar dengan peningkatan usia, system pencernaan dan penyerapan laktos juga terganggu disebabkan usus yang berumur dan penghasilan laktos yang semakin berkurangan. Ini membuatkan warga emas berisiko tinggi menghidapi osteophorosis dan kerap sembelit.

Tahap imuniti mereka juga semakin berkurangan apabila usia meningkat. Tekanan fisiososial juga menyebabkan kurang selera makan, kurang tenaga dan murung.

Pemakanan mereka perlu dijaga dengan baik supaya tahap kesihatan mereka terpelihara, melambatkan proses ketidakupayaan, meningkatkan kualiti kehidupan, serta mengurangkan kos akibat rawatan.

Menurut saranan Pengambilan Nutrisi Malayasia (RNI), Diet yang seimbang haruslah mengandungi karbohidrat, protein, lemak, vitamin serta mineral mengikut kuantiti yang disarankan. Berikut adalah saranan secara purata (bagi tahun 2005)

 

Kebanyakan warga emas menghadapi masalah untuk mendapatkan protein dan serat yang mencukupi kerana masalah untuk mengunyah. Ada juga yang menghadkan makanan kerana kepercayaan berpantang yang menyebabkan mereka menghadkan pilihan makanan mereka sendiri. Kekurangan serat mengakibatkan masalah sembelit, dan bertambah buruk jika warga emas tersebut tidak aktif secara fizikal dan kurang hidrasi.

Jadi bagaimana kita boleh bantu mereka? (ataupun bagaimana kita nak elakkan supaya kita tidak alami apabila menjangkau usia ini)

TIPS :

1.       Pilihlah protein, sayuran serta buah-buahan yang mempunyai tekstur lembutseperti telur, tauhu, ikan, keju, susu, yougurt, lobak, labu, terung, tomato, sayuran berdaun hijau, pisang, kiwi, betik dan ciku.

2.       Masak makanan sehingga lembut atau potong kecil-kecil supaya mudah dikunyah dan dihadam.

3.       Sekiranya warga emas tersebut hanya boleh makan bubur, campurkan sekali dengan pelbagai bahan utama setiap hari (setiap hari berbeza-beza) seperti ayam, daging, ikan bilis.

4.       Ayam boleh digoreng dahulu sebelum ditambah didalam bubur untuk menambah kalori

5.       Boleh tambah sayur-sayuran sebagai sumber serat

6.       Berikan sup berkrim seperti sup cendawan.

7.       Pelbagaikan menu seperti nasi tomato, nasi ayam untuk menambah selera mereka dan melengkapkan kalori.

8.       Sekiranya mereka masih lagi kurang berselera, berikan mereka vitamin sebagai sokongan dalam pemakanan mereka. Sebagai sumber protein yang sihat boleh berikan mereka ESP Shaklee, vitamin dan mineral yang terlengkap hanya dengan satu tablet iaitu Vitalea, Ostematix, Omega Guard dan Advance Joint Health sebagai penyelesaian masalah sendi dan tulang mereka.

Bagi kita yang lebih muda ini, daripada usia beginilah kita perlu menjaga kesihatan dengan baik agar dapat mengelakkan terjejas kesihatan sewaktu diusia tua. Ini hasil penjagaan kesihatan dari dua orang kembar. Salah seorang dari mereka mengamalkan Shaklee sejak muda lagi, dan seorang lagi tidak. Boleh lihat kan perbezaan mereka!

 

Sampai disini sahaja perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat untuk anda. Sekiranya anda memerlukan supplement yang boleh meningkatkan tahap kesihatan anda da keluarga, usah ragu-ragu untuk menghubungi saya di

Ayu
019-4110544 (sms |wassup)

 

Related Article:




 

 

Tiada ulasan: