Rabu, 12 Ogos 2015

PROTEIN BERISIKO BERI KEROSAKAN PADA BUAH PINGGANG? - INFO MENARIK UNTUK KAKI GIM!




Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Adakah anda  seorang kaki Gim?? Aha.. entry kali ni saya nak kongsikan fakta-fakta menarik untuk anda-anda yang berkecimpung dalam bidang ini.

Jika anda sudah biasa di bidang ini, dah tentu perihal pengambilan protein adalah perkara biasa bagi anda. Pasti anda pernah mendengar pertanyaan sebegini kan:

"Protein berisiko memberi kerosakan kepada buah pinggang. Benarkah adanya 'Golden Periode' pembentukan otot selepas bersenam? Perlukah saya memasukkan berkilo-kilo dada ayam dalam menu harian saya untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal? Atau bolehkah saya mengambil steroid untuk kesan yang pantas bagi mendapatkan bentuk badan yang cantik?"

Sebenarnya, bagi mereka yang giat bersenam dan aktif di gim memerlukan protein yang lebih untuk pembentukan massa otot.

American Dietic Assiocation, Dieticians of Canada dan American College of Sports Medicine menyatakan keperluan protein untuk athlete dan mereka yang rajin bersenam adalah 1.2g hingga 1.7g protein sehari (1.2-1.7gr/kgBB/hari).

Kenaikan keperluan protein tersebut untuk menyesuaikan dan memenuhi keperluan pembentukan otot baru yang rosak akibat bersenam dan melakukan latihan gymnasium.

Jumlah ini sebenarnya sedikit berbanding jumlah yang biasa diambil oleh ahli bina badan iaitu 2-3gr/kgBB/hari.. namun jumlah yang dinyatakan tadi tetap lebih banyak dari keperluan biasa.

Jadi, adakah pengambilan protein akan membebankan buah pinggang? TIDAK sekiranya mengikut saranan yang dinyatakan diatas. Bagaimanapun, perlukah anda mengambil berkilo-kilo daging ayam dalam sehari hanya kerana mahukan bentuk badan idaman? Dah tentulah ada cara alternative seperti pengambilan susu protein seperti ESP SHAKLEE atau CINCH SHAKLEE dan mengikut saranan pemakanan yang betul.

INFO MENARIK

Kajian menunjukkan, dengan pengambilan protein dalam tempoh 3 jam selepas bersenam (Golden Periode) akan meningkatkan potensi pembentukan otot lebih tinggi berbanding waktu lebih dari itu!

ini kerana, badan mengaktifkan tindak balas pemulihan otot yang rosak akibat bersenam tadi. Walaupun peningkatan sintesis protein terjadi sehingga tempoh 24jam selepas bersenam, ia tidak setinggi waktu "Golden Periode" itu.. Oleh itu, disamping minuman isotonic yang menjadi pilihan kebanyakan orang selepas bersenam, susu juga boleh menjadi alternative tambahan untuk diambil selepas bersenam.

Saranan saya juga, pilihlah minuman isotonic yang natural dan tidak mengandungi gula berlebihan untuk mengelakkan masalah kesihatan lain pula. Cadangan minuman tenaga yang paling ideal adalah Performance Drink dari Shaklee. Kerana minuman ini sememangnya telah lama diamalkan oleh atlit-atlit luar negara yang mahukan minuman tenaga yang lebih sihat.

Perlu diingatkan sekali lagi, pengambilan protein haruslah seperti yang dicadangkan dan tidak boleh berlebihan agar tidak membebankan buah pinggang. Dalam masa yang sama minumlah air kosong yang dimasak atau ditapis secara berkala untuk mengimbangi pengambilan protein.

Isu steroid tadi, dah tentu anda tahu steroid sangat membahayakan, jadi jangan ambil jalan pintas semata-mata mahukan bentuk badan idaman anda dan semata-mata mahukan perhatian dari gadis-gadis yer abang-abang sado! Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat...

Terima kasih sudi singgah di JagaKesihatan.Com!

Sekiranya anda mahukan protein yang semulajadi, diadun dengan teliti dan sempurna, anda boleh dapatkan  ESP SHAKLEE dari saya. Juga minuman tenaga Performance Drink yang sangat bermanfaat untuk anda.

Hubungi saya di

Ayu
SMS @ Wassup
019-4110544


*Sumber rujukan : Dr. Muhammad Rahmani

RELATED ARTICLE:

PERFORMANCE DRINK

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN ESP

STEROID DAN KESANNYA


Tiada ulasan: