Sabtu, 26 September 2015

KENAPA SUPPLEMENT SHAKLEE YANG SAYA MAKAN TIDAK BERKESAN?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..



Ada tak diantara kawan-kawan yang mengamalkan supplement? Apa saja supplement yang berada di pasaran..

Pernah tak mengalami, yang menjual kata supplement xxx ni bagus, boleh meningkatkan antibody, boleh slim melim.. kulit tegang?? Tapi bila makan.. hampehhh.. apa pun takde.. sama jeee.. Sama gak la ngan Shaklee tu kan.. kan.. kan..

Okay, sebenarnya bukan salah supplement tau.. ? Cuma kita ni je yang tak faham dan tak makan supplement dengan cara yang betul. Sebab itu, kalau nak membeli supplement, haruslah dari orang yang dipercayai maksudnya, bukan sekadar nak sales aje, tp juga ikhlas nak menolong kita mendapatkan kesan yang terbaik dari supplement tersebut. (macam saya! hehe)

Baik, jom kita lihat kalau-kalau anda ada buat perkara-perkara ni. Perkara-perkara ni lah yang menyebabkan supplement yang diamalkan tu kureengg berkesan ye,,

#1 . Adakah anda... TIDAK KONSISTEN?

#2. Adakah anda.... TIDAK SABAR? - a.k.a kesannya berlaku sekelip mata, makan satu tablet, badan dah segar bugar, kulit tegang dan boleh berlari sepantas kilat?? opppss...

Sekiranya anda tergolong dalam kumpulan ini, eloklah ubah persepsi dan cara pemakanan anda terlebih dahulu untuk mengelakkan pembaziran dan fitnah kepada supplemet tersebut. (ye lah, dah makan, tak de perubahan dah tentu kita kondem jenama tersebut kan..kan.. kan..)

Untuk pengetahuan semua, setiap supplement yang diambil perlu KONSISTEN sekurang-kurangnya 3 BULAN BERTERUSAN. Kenapa? Ini kerana sel-sel kita berganti setiap 90 hari.


Please take note ::: Hanya supplement yang mengandungi bahan kimia berbahaya sahaja yang menampakkan hasil dengan cepat. Fikirkan kesan jangkamasa panjang yang terpaksa anda terima nanti...

 #3. Adakah anda... KEKURANGAN PROTEIN?
Asas tubuh kita adalah sel . Fungsi protein adalah sebagai bahan binaan asas sel. Protein diperlukan dalam pembentukan struktur, fungsi dan pembentukan tisu kepada organ, kemudian kepada system seterusnya kepada organisme.

Sekiranya anda perlukan makanan untuk hidup, sel anda pula perlukan protein. Jadi untuk pembentukan sel yang sihat dan sempurna, kita perlukan protein yang mencukupi dan BERKUALITI.

Apakah kaitan sel dengan semua ni.. walaupun macam malas nak kaji, tapi nilah yang perlu kita tahu.. kena baca sampai habis ye.. supaya tidak, MEMBAZIR...

Sel yang sihat penting untuk menyerap semua nutrient dan zat. Bila sel yang tubuh kita hasilkan tak berkualiti, maka penyerapan supplement turut terganggu dan kesannya tak dapatlah 100%.

Tapi, harus ingat! Pengambilan protein haruslah sekadar mencukupi dan berpatutan.. Ingat saranan Nabi Muhammad S.A.W (bagi yang beragama Islam)? Sesuatu perkara haruslah dilakukan secara bersederhana. Ini bermaksud, pemakanan kita juga haruslah seimbang.. 


Tapi, saya dah makan ayam, daging ikan, sayur semua kumpulan makananlah.. tak berkesan punnnn... Baik, persoalan saya pula kepada anda, Adakah anda pasti, zat makanan tersebut sampai ke sel anda?? Dan  macam mana nak pastikan mengambil protein sekadar mencukupi dan yang penting protein tersebut berkualiti dan diekstrak secara semulajadi ?
Boleh wassup saya di talian 019-411 0544 ye.


TIPS : Protein sangat sensitive dengan haba, suhu, cara pemprosesan dan pengendalian.
           Oleh itu, cara memasak, cara pembersihan juga memberi kesan keatas protein tersebut
           Diakhirnya, zat yang dapat untuk kita tidak akan mendapat 100%. Tambahan pula bagi
           orang yang jenisnya makan sikit-sikit aje.. sayur-sayur pulak tak nak makan.. ha... acaner
           tu????

 
"Sel umpama span.- span baru boleh menyerap air semaksima mungkin, span yang rosak hanya boleh menyerap pada kadar minima. Begitu juga dengan sel yang rosak tidak dapat menyerap vitamin dengan baik.."



#4. Adakah anda..... KURANG MINUM AIR MASAK A.K.A. AIR PUTIH??
Tahukah anda, tabiat gemar meminum air manis boleh menyebabkan kepekatan darah dan menyebabkan kegemukan!

Minumlah sekurang-kurangnya 2 liter air sehari untuk memastikan penyerapan vitamin anda lebih bagus.

Terlampau banyak rasanya air yang perlu diminum dalam sehari? Saya ada tips bagaimana nak mudahkan pengambilan air masak. Hanya klik DISINI ye...

#5. Adakah anda.... MAKAN VITAMIN SECARA "BUNDLE"
Anda ambil lebih dari satu vitamin sehari dan memakan mereka sekali gus sebab takut terlupa dan malas?? Ini merupakan salah satu sebab mengapa vitamin ada tak berkesan ye!

Anda perlu makan vitamin mengikut kesesuaian dan keperluan agar kepekatan darah tidak meningkat pada satu-satu masa. Mengambil vitamin secara berperingkat dan teratur juga membantu buah pinggang anda berfungsi dengan baik.

Jika anda ambil lebih dari satu vitamin,  jarakkan pengambilan, sekurang-kurangnya satu jam dari satu sesi. Contohnya sarapan pagi anda ambil bersama Cinch, sejam kemudian barulah anda makan lecithin. Bagi customer Jaga Kesihatan.com, saya akan menyediakan jadual makan vitamin secara teratur. Ekslusif untuk customer kami aje tau!

#6. Adakah anda... MENGAMBIL VITAMIN BERSAMA UBAT-UBATAN?
Sekiranya anda perlu juga mengambil ubat-ubatan, pastikan anda jarakkan pengambilannya untuk penyerapan yang menyeluruh. Pengambilan kedua-duanya sekali gus akan menyebabkan darah kita terkeliru kerana ada dua benda berbeza masuk serentak. Ini menyebabkan darah tidak dapat menyerap vitamin sebaiknya.

# 7.Adakah anda... PENGGEMAR TEGAR KAFFEIN?
Sungguh!!! Saya juga suka! Namun, haruslah dikurangkan. Sekurang-kurangnya jangan minum minuman berkafaien bersama vitamin. Contohnya pagi ini anda baru je makan Vitamin C, elakkan minum pagi denganm kopi. Boleh minum sekurang-kurangnya jarakkan dalam masa sejam juga. Adalah lebih baik, satu gelas kafaien yang and minum, neutralkan kembali dengan segelas air putih.

#8.Adakah anda TIDAK ALERT PADA PANTANG LARANG VITAMIN
Eh, ada pantang larang??? Ada... kerana itu buat pilihan bijak semasa nak membeli. Pastikan SID anda memberitahu pantang larang ini (seperti customer Jaga Kesihatan, sentiasa mendapat konsultasi secara percuma..) Contohnya, Vitamin E tidak boleh diambil bersama Afalfa.. kerana mengganggu penyerapan antara satu sama lain.

Bagi ibu mengandung... jangan sesekali mengambil vitamin anti oksida dan afalfa kerana dikhuatiri boleh menyebabkan keguguran diawal kehamilan.

Baiklah... setakat itu sahaja yang dapat saya kongsikan setakat ini. Boleh wassup saya untuk keterangan lanjut vitamin pilihan anda ye. InsyaAllah saya berikan konsultasi terbaik. Silakan membaca lain-lain artikel ye..

Salam mesra,
Ayu
019-4110544

Tiada ulasan: