Rabu, 1 April 2015

Panduan Ibu Mengandung

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Selawat dan salam keatas Nabi Muhammad SAW serta para sahabat dan keluarga Baginda.

Tahniah !!! Anda disahkan mengandung!! Ha... tentu si ibu apatah si bapa melompat keriangan bila dengar perkataan ni keluar dari mulut doktor atau pun nurse kan..

Pengalaman saya masa mula-mula mengandungkan anak sulung, memang excited sangat.. Lepas kahwin, kami suami isteri memang tak de lah nak merancang-rancang, nak tunggu 2 atau 3 tahun baru nak ada anak kan.. semuanya kami serahkan pada Allah.. tp, alhamdulillah... 2/3 bulan lepas kahwin.. kami dikurniakan berita gembira.. masa tu tahun 2009..  Masa saya bagitahu suami tentang kehamilan anak sulung ni, masa tu kami keluar makan lepas kerja. Dia terkejut sampai tak terkata apa. Pelayan kedai tanya nak makan apa pun tak boleh nak jawab... last sekali jawab "apape jelah!"

Nak tergelak pun ada masa tu..yer lah first time kan... sekarang anak kami dah 6 tahun dah.. dan dah ada dua orang adik. Adik yang ketiga baru je 7 bulan.. Budak-budak ni cepat membesarkan.. sekejap je moment tu...rasa macam baru semalam aje mengandung.. hari ni dah 7 bulan... huhu..

Mommies-mommies yang tengah mengandung, tak kiralah, anak sulung ke.. anak kedua ke, ketiga ke.. atau anak keberapa sekarang ni, saya ucapkan tahniah!! Jaga kandungan baik-baik, ianya satu amanah dari Allah.. Suatu amanah yang sangat indah...

Sebenarnya sekarang di tempat kerja saya dikelilingi dengan ibu mengandung... teringatkan diorang so, terciptalah entry ni hari ni... Salah seorang rakan sekerja saya, mengandung anak ketiga.. dia rungsing, si kakak masih setahun lebih... takut nurse marah katanya.. so, saya cakap kat dia.. takpe, tu kan rezeki dari Allah, kita rancang, Allah yang tentukan.. tak wajar nak marah-marah atas perkara yang bukan kerja kita.. ni kan semua kerja Allah..Cuma, perlu jaga betul, kesihatan, tenaga, pemakanan... Ok hari ni saya nak kongsikan apa yang preggy mommy kena TAHU sewaktu mengandung ni..

#1. TRIMESTER PERTAMA ( 1-3 BULAN KANDUNGAN)
Trimester pertama diukur dari konsep kepada kira-kira minggu ke-12 kehamilan. Pada masa ini tubuh ibu akan mengalami perubahan. Perubahan hormon menjejaskan hampir setiap sistem organ dalam badan anda. Perubahan ini boleh mencetuskan gejala walaupun dalam minggu pertama kehamilan. Tak datang haid adalah tanda jelas bahawa anda sedang hamil.

Pada peringkat ini, anda mungkin akan mengalami gejala-gejala seperti:
  • Keletihan yang melampau
  • Payudara membengkak
  • Sakit perut (dengan atau tanpa muntah-muntah)
  • Mengidam makanan tertentu
  • Membenci makanan tertentu
  • Perubahan mood
  • Sembelit -masalah pergerakan usus
  • Sakit kepala
  • Membuang air kecil lebih kerap
  • Pedih ulu hati
  • Penambahan @ penurunan berat badan.
  • Kekejangan perut
"Sebenarnya , semasa hamil dilalui dengan pelbagai cabaran, bercampur aduk perasaan, ada kalanya suka, keliru, suspens, teruja, murung, sensitif dan macam-macam lagi"
 Setiap wanita akan mengalami gejala yang berbeza-beza. Ada yang membebankan, ada pula langsung tidak memenatkan. Sekiranya masalah mual dan muntah-muntah semakin teruk, sekiranya ianya menyebabkan hilang selera makan, dan langsung tak dapat nak makan & minum, mummies perlu dapatkan rawaan doktor tau. Risau menyebabkan dehidrasi pula.

Jadi, Mommies perlulah sentiasa positif, ambil masa untuk relaks amalkan membaca ayat-ayat Al-Quran sewaktu mengandung. Ingat, 


 Highlight utk mummies:
  1. Elakkan berdiet untuk tujuan kuruskan badan... baby perlu makanan seimbang dari ibu...
  2. Lebihkan pengambilan asid folik, dan protein dalam pemakanan
  3. Elakkan melakukan kerja berat dan tekanan
  4. Elakkan mengambil ubat-ubatan tanpa bimbingan doktor (ubat-ubatan, bukan makanan tambahan (supplement), jika Supplement pun dapatkan supplement dari pengedar yang boleh dipercayai, lebih elok jika dapatkan nasihat doktor. klik sini untuk ketahui perbezaan ubat dan supplement : SELAMATKAH SUPPLEMENT
Antara supplement yang dicadangkan bagi mommies pada peringkat ini adalah :

1. Ostematrix
2. VitaLea
3. Vitamin C
4. B-Complex


#2. TRIMESTER KEDUA (4-6 BULAN)
Pada masa ini, perut akan lebih membesar, kebiasaannya simptom-simptom yang dialami sewaktu trimester pertama tadi akan hilang..
Namun terdapat beberapa perubahan yang berlaku seperti (ini juga bebeza bagi setiap wanita) :
  • Menjadi pelupa
  • Kerap pening kepala
  • Berdengkur
  • Hidung dan gusi berdarah
  • Sendawa dan buang angin
  • Payudara membesar dan mengeluarkan colostrum
  • Sakit ulu hati
  • Perut yang semakin membesar
  • Pertumbuhan rambut dan kuku yang semakin cepat
  • Sakit peru di bahagian bawah
  • Perubahan kulit - strech mark, dan kadangkala kulit merasa gatal
  • Kekejangan kaki
  • Pembengkakan yang biasanya terjadi di bahagian muka, kaki dan tangan.
Highlights untuk Mommies:

  1. Ambil lebih banyak kalsium untuk mengelakkan kekejangan kaki. Ketika tidur tinggikan kaki, bila menagalami kekejangan, jari-jari kaki kearah atas
  2. Sentiasa berada dalam keadaan yang bersih

  3. Amalkan menyapu puting payudara dengan minyak zaitun untuk mengelakkan kesakitan ketika menyusukan bayi kelak.

  4. Gunakan pakaian dalam yang sesuai dan selesa

  5. Jangan makan terlampau banyak terutama sebelum tidur

  6. Pada waktu malam tinggikan sedikit posisi kepala supaya dapat menghalang asid perut memasuki esofagus

  7. Ketika hendak tidur, bangun perlahan-lahan unuk mengelakkan pening, dan mengelakkan perubahan tekanan darah berlaku secara mendadak.

  8. Ini adalah masa yang sesuai untuk melihat bayi melalui "ultrasound"

  9. Teruskan pengambilan vitamin, suplemen dan pemakanan yang seimbang dan sihat

  10. Perbanyakkan amal ibadah dan berdoa

  11. Berbuallah dengan bayi anda secara positif sekerap mungkin.

  12. Banyakkan pengambilan vitamin C

  13. Perhatikan pergerakan bayi, jika kurang dari 10 kali dalam sehari, perlu berjumpa doktor dengan segera

  14. Teruskan pengambilan protein yang cukup

  15. Usaplah perut perlahan-lahan bagi tujuan menenangkan bayi anda, terutamanya ketika ia bergerak

  16. Rangsang pendengarannya dengan perkara-perkara positif atau dengan bacaan Al-Quran
  17. Jaga perilaku dan kestabilan emosi, bukan sahaja mummies, bapa juga. 
#TRIMESTER KETIGA ( 7 bulan-9 bulan)

Mummies akan terus merasai perubahan pada waktu ini. Seperti:
  •  Sakit punggung
  • Payudara terus mengeluarkan colustrum
  • Sembelit
  • Kesukaran pernafasan
  • Kerap membuang air kencing
  • Kesukaran tidur dengan nyenyak
  • Kontraksi -Braxton hicks (kontraksi yang tidak sakit, menandakan badan menyediakan diri untuk proses kelahiran)
  • Pembengkakan di kaki
  • Kekejangan Kaki
  • Peningkatan cairan vagina
  • Dinding rahim menjadi semakin nipis
  • Peningkatan berat badan. Berat yang normal sehingga sekarang sepatutnya sekitar 12 kg. Sekiranya kurang dari 13kg, anda berkemungkinan besar mudah untuk ke saiz asal sebelum kehamilan!

Highlights untuk mummies

  1. Gunakan kasut bertumit rendahBerdiri dan berjalan dengan posisi yang betul (punggung dan bahu dalam keadaan tegak) Makan makanan berserat tinggi Minum lebih banyak air Lakukan senaman ringan  Jangan pula terkeliru diantara braxton hicks contraction dengan tanda-tanda kelahiran. Jika tidak pasti, lebih baik terus ke hospital sahaja Elakkan persekitaran bau, bunyi yang kuat serta bahan kimia Kurangkan karbohidrat dan minuman bersusu sekiranya berat semakin bertambah
  2. Buat persiapan terakhir untuk kelahiran si comel!!
"Bayi yang menunjukkan tindak balas terhadap bunyian dan cahaya yang kuat menandakan bayi anda sihat.."


Supplement yang membantu sewaktu tempoh trimester kedua dan ketiga ialah:



Setiap vitamin boleh bertahan :

Vitalea - 4 bulan
B-Complex -4 bulan
Ostematrix - 2 bulan
Omega Guard - 1-2 bulan
ESP - 2-3 bulan


  Akhir sekali... selamat melahirkan!! Semoga Allah melindungi dan memudahkan mummies melahirkan baby nanti...

Hubungi saya untuk tempahan.
Ayu : 019-411 0544 (boleh sms /wassup)
Penghantaran ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.






--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Anda juga mungkin meminati artikel

Mengapa nutrisi penting semasa berpantang
Krim yang selamat untuk bayi

Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.

Tiada ulasan: